Inter Milan intai Luka Modric

Thursday, April 21, 2011
MILAN - Inter Milan ingin melamar bintang kelahiran Crotia Tottenham, Luka Modric ke San Siro sekiranya Spurs gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Gergasi Seria A itu yang hambar musim ini sedang dalam proses membentuk semula pasukannya, melihat Modric sebagai antara pemain tengah terbaik di Eropah.


Inter percaya mereka memiliki peluang cerah untuk memujuk Spurs menjualkan tonggaknya itu seandainya mereka terlepas kedudukan empat pasukan teratas Liga Perdana.

Modric sebelum ini menegaskan, dia tidak berfikir mahu meninggalkan kelab utara London itu, namun Inter yakin mampu memikatnya jika Spurs gagal menawarkan peluang bermain dalam Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, pengurus Spurs, Harry Redknapp menegaskan, kelab itu tidak berniat menjual pemain-pemain utamanya dan sebaliknya, dia mahu terus memperkuatkan pasukannya. - AGENSI


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)