Pemain tengah Arsenal akui kesukaran dan kekecewaan musim

Tuesday, April 19, 2011
Oleh Andrew Allen

Pemain tengah Arsenal, Abou Diaby tida percaya bahawa dia telah mencapai potensi penuhnya dan mengakui bahawa satu musim kecederaan lagi telah menyebabkan dia sangat kecewa.

Pemain perancang dari Perancis ini telah bekerja keras untuk mengekalkan tempatnya dalam skuad utama di Emirates sejak bersama kelab pada tahun 2006 dan musim ini memperlihatkan pemain Akademi, Jack Wilshere meningkat lebih baik dalam skuad.


Dengan Cesc Fabregas, Samir Nasri, Alexandre Song, Denilson dan Aaron Ramseyjuga tersenarai, bekas pemain Auxerre ini diramalkan akan meninggalkan Emirates untuk mencari peluang bermain dalam skuad utama.

Dalam analisa musimnya hingga kini, Diaby memberitahu Program Rasmi Perlawanan Arsenal pada keputusan seri 1-1 Ahad lepas dengan Liverpool:

"Ia adalah sesuatu yang sukar. Saya hanya bermain 16 perlawanan  dan sukar untuk mendapatkan beberapa permainan secara terus-menerus.

"Pasti ada kecederaan yang berlaku setiap masa. Ia sangat mengecewakan. Pagi ini saya melihat rakan-rakan membuat sesi latihan dan saya hanya duduk untuk lakukan rawatan bersama fisio.

"Ia turut berlaku di Emirates di mana saya hanya melihat perlawanan Arsenal seperti seorang peminat, bukan sebagai pemain kerana sering berada di bangku simpanan. Walaupun begitu saya tahu suatu hari nanti saya akan kembali dan saya perlu bersabar."

Diaby mengemudi skuad the Gunners bersama Wilshere dan Fabregas semalam tetapi telah digantikan pada babak akhir perlawanan oleh Song sebelum dua keputusan drama penalti yang akhirnya menjadikan keputusan skuad the Gunners hanya mencapai tahap seri daripada kemenangan mutlak.



(Sumber: http://www.sport.co.uk/)