Arsenal tawarkan €15 juta untuk Mamadou Sakho

Tuesday, April 19, 2011

Pasukan dari Liga Perdana ini mahu menguatkan barisan pertahanan mereka pada musim panas ini dan dilaporkan memberi tawaran €15 juta kepada pemain pertahanan Perancis  tersebut.

Pemain pertahanan berpotensi tinggi, Mamadou Sakho seperti akan meninggalkan gergasi Ligue 1, Paris St-Germain musim panas ini kerana pasukan dari Liga Perdana Arsenal telah memberikan tawaran kepada pemain pertahanan itu, lapor France Football.



Pasukan the Gunners kelihatan tidak kukuh di bahagian pertahanan pada musim 2010-11 dan pengurus Arsene Wenger mahu memperkuatkan bahagian pertahanannya pada perpindahan musim panas ini dengan tektik yang ada pada pemain Perancis berusia 21 tahun itu yang boleh menguatkan skuadnya.


Sakho merupakan penghasilan dari Akademi Remaja PSG dan telah meningkat naik sebagai pemain utama di Paris sejak kebelakangan ini, yang turut menarik minat keseluruhan pasukan di Eropah seperti Inter, Roma, Barcelona dan Bayern Munich.

Pemain ini telah menandatangani kontrak baru dalam kelab ibukota tersebut sehingga musim panas 2014, tetapi PSG mungkin terpaksa untuk menjual bintang pertahanan mereka ini jika mereka gagal untuk layak ke Liga Juara-juara pada musim depan.

Arsenal mempunyai minat untuk mendapatkan Sakho pada musim panas ini dan telah meletakkan tawaran sebanyak €15 juta tetapi PSG melaporkan bahawa merekamenolak tawaran itu, dan bercadang untuk mendapatkan tawaran menghampiri €20 juta.



(Sumber: http://www.goal.com/)