Wenger cabar pemain

Monday, April 18, 2011

SELEPAS berakhirnya perlawanan penuh dramatik antara Arsenal dan Liverpool, Arsene Wenger mahu pasukannya berjuang sehingga titisan darah terakhir sehingga kempen Liga Perdana Inggeris musim ini tamat.

Gesaan itu dibuat agar anak buahnya tidak hilang fokus dan bersemangat selepas Arsenal kehilangan tiga mata berharga pada perlawanan di Stadium Emirates yang menyaksikan kedua pasukan berkesudahan seri, 1-1.


Keputusan itu mengekalkan kedudukan The Gunners di tangga kedua liga dengan perbezaan enam mata di belakang pendahulu Manchester United dengan masing-masing masih mempunyai enam baki perlawa-nan.

“Siapa yang tidak kecewa. Semua pemain kecewa dengan keputusan perlawanan itu. Tetapi harapan masih ada dan ia masih menebal di hati kami.

“Tetapi ia bergantung kepada kami untuk menang perlawanan seterusnya.

“Walaupun menang 15 perlawanan sebelum ini tetapi ia belum cukup (mata). Kini kami harus bekerja keras dan lihat jika kejuaraan tahun ini menjadi milik kami atau tidak,” katanya. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)