The Reds terbaik

Monday, April 18, 2011
 
JURULATIH Liverpool, Kenny Dalglis menganggap pasukan itu sebagai kelab Inggeris terbaik walaupun bukan yang terbaik di dunia dan terpaksa bersaing dengan pencabar terdekat, Manchester United dalam perebutan kejuaraan liga musim ini.

Menerusi aksi menentang Arsenal yang hampir memenangi perlawanan itu berputih mata apabila penalti disempurnakan Dirk Kuyt melenyapkan angan-angan The Gunners untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Walaupun aksi di Stadium Emirates menyaksikan ketua pasukan, Jamie Carragher terpaksa dikeluarkan selepas berlaga kepala dengan John Flanagan namun, Liverpool tetap memberi tentangan sengit.

“Sedih? Di mata saya kami masih kelab Inggeris terbaik kalau pun bukan terbaik di dunia, jadi saya tidak perlu sedih.

“Kejutan adalah sesuatu yang mungkin kerana sudah sekian lama kami tidak menjuarainya. Apapun tiada apa yang perlu dirisaukan kerana inilah kehidu-pan,” katanya. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)