Scholes mesti lakukan hantaran lebih, kurangkan terjahan.

Monday, April 18, 2011
Scholes mesti lakukan hantaran lebih, kurangkan terjahan jika mahu menjadi pemain hebat.


Oleh Graham Poll

THE OFFICIAL LINE

Lihat dalam gambar-gambar di sini dan anda akan mendapati kenapa dia patut dikenakan kad merah oleh pengadil Mike Dean untuk diperintah keluar padang.


Ia merupakan satu terjahan yang sangat keras, dengan tapak kasutnya meninggalkan kesan yang jelas di sepanjang paha Pablo Zabaleta dalam gambar yang diambil oleh Graham Chadwick.

Ia merupakan kad merah kesepuluhnya dalam kerjayanya — satu statistik yang menakutkan untuk seorang pemain tengah berbakat dan berbudaya, walaupun Xavi merupakan salah seorang yang boleh dipadankan dengannya.

Terjahan itu dilakukan dengan begitu kasar sekali yang mungkin disebabkan sebagi bantahan kepada kesalahan Zabaleta kepala salah seorang pemain Manchester United 10 minit sebelum itu.

Daripada pengalaman penulis, Scholes merupakan seorang pemain yang baik serta melayan orang lain dengan rasa hormat. Namun begitu, kini dia telah menghampiri 12 bilangan kad merah seperti yang di kumpulkan oleh Vinnie Jones.

Penulis pasti dia tidak mahu diperbandingkan sedemikian. Penulis berharap kad merah dan pengecualiannya daripada bermain nanti tidak akan menyebabkan ia menjadi alasan untuk persaraan awalnya pada musim panas ini.

Kita masih mahu melihat hantaran-hantaran bijaknya, walaupun kadang-kala dia melakukan terjahan yang kejam dan kasar.



(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)

2 Komen:

  1. masanye dah tiba utk scholes undur diri...
    zaman die dah tamat...

  1. MU masih mengharapkan pemain2 lama...sanggup lanjutkan kontrak Giggs walaupun pemain sebaya Giggs sudah ramai yang bersara...begitu juga kali ini Scholes dan sebelum itu Neville. Mungkin Ferguson tahu tanpa 3 pemain ini, MU mgkin tercicir sedikit kebelakang. Mereka seolah2 tiada pemain pengganti lain utk menukar corak jika skuad utama gagal berfungsi.