United tingkatkan buruan Nasri

Thursday, June 9, 2011
Sir Alex Ferguson berazam untuk dapatkan perancang Arsenal


Skysports.com memahami bahawa Manchester United telah meningkatkan usaha mereka untuk pemain tengah Arsenal, Samir Nasri.

Spekulasi telah menggambarkan bahawa Nasri masih dalam radar United dan skysports.com kini mendapati bahawa dia merupakan sasaran utama kelab.

Keengganan perancang berbakat dari Perancis itu untuk melakukan perbincangan kontrak bersama Arsenal sehingga dia berasa berpuas hati dengan perpindahan pemain sasaran mereka merupakan peluang munasabah untuk Sir Alex Ferguson memberi lebih perhatian untuk kemungkinan mendapatkannya.

Meskipun semakin hampir untuk mendapatkan perjanjian bagi pemain pertahanan Blackburn, Phil Jones dan penjaga gol Atletico Madrid, David de Gea serta spekulasi meluas untuk mendapatkan pemain Aston Villa, Ashley Young yang juga bakal menuju ke Old Trafford, selera Ferguson untuk pengambilan baru masih belum habis.

Nasri dilihat sebagai satu penggantian ideal untuk Paul Scholes yang telah pencen, dengan United berminat untuk memperbaharui bahagian tengah tersebut dengan bakat baru.

Wesley Sneijder, Inter Milan telah dikaitkan untuk mengisi bahagian itu namun Nasri, yang hanya berbaki satu musim dalam perjanjian kontraknya, mungkin ia satu kontrak baru yang lebih realistik dari segi modal.

Arsene Wenger pasti akan keberatan untuk kehilangan salah seorang daripada pemain-pemain pentingnya kerana keluarnya Nasri dari skuad berkemungkinan akan menjurus untuk ahli-ahli lain dalam skuadnya mempersoalkan akan masa hadapan mereka sendiri.

Bagaimanapun, United kini terus memerhatikan bagaimana keazaman Arsenal untuk terus mengekalkan pemain berpotensi mereka terutama bagi pemain-pemain yang telah memaklumkan kesediaan mereka berkenaan dengan prospek perpindahan ke Manchester.


(Sumber: http://www.skysports.com/)