Walcott faham kenapa pemain mahu tinggalkan kelab selepas kemarau trofi

Wednesday, June 8, 2011
Penyerang Arsenal Theo Walcott berkata bahawa dia dapat memahami kenapa beberapa pemain bertindak mahu keluar dari Arsenal selepas enam musim tanpa trofi.

Walcott, 22, berkata: "Saya dapat memahami kenapa mereka boleh berasa kecewa dan terfikir untuk keluar.

"Mereka mahu memenangi sesuatu dan kami tidak memperolehinya setelah enam tahun."

Tetapi bekas pemain Southampton itu berharap perjanjian terhadap pemain baru pada musim panas nanti dapat memberikan pasukan Arsene Wenger memecahkan kebuntuan pada musim akan datang.

Wenger telah menyatakan untuk membawa masuk pemain berbakat serta berpengalaman untuk membantu skuad mudanya setelah sekali lagi musim Arsenal menerima kegagalan apabila tewas dalam piala liga menentang Birmingham.

"Ia akan menjadi tarikan untuk melihat siapa yang akan datang dan siapa yang bakal pergi pada musim panas nanti, boss telah berkata bahawa dia akan berbelanja," beritahu Walcott kepada BBC.

"Kami punya skuad yang baik dan bermain bolasepak dengan cara terbaik, namun kami perlu memecahkan kebuntuan.

"Ia sangat mengecewakan bagi kami sebagai pemain kerana kami mahu memberikan para peminat untuk mengecapi sesuatu dan kami turut ingin menjadi sejarah.

"Ia masih belum bermakna lagi untuk musim kali ini namun kami telah tunjukkan potensi yang besar, dengan kebangkitan Jack Wilshere, Aaron Ramsey telah kembali cerdas semula yang sangat baik untuk disaksikan, jadi saya fikir ia akan menjadi tanda aras terbaik untuk memulakan musim akan datang.

"Ia harus menjadi begitu kerana ia terlalu sengit dengan Manchester City dan Liverpool kembali memberi kebangkitan, jadi ia akan menjadikan Liga Perdana sesuatu yang menarik lagi."

Telah dilaporkan bahawa Samir Nasri akan keluar dari Arsenal pada musim panas nanti manakala ketua pasukan Cesc Fabregas akan terus dikaitkan dengan pengembaliannya ke kelab sejak kecilnya, Barcelona.

"Jika kami boleh membina skuad ini dan berharap untuk mengekalkan pemain terbaik kami, ia akan lebih baik bagi kami," tambah penyerang England tersebut.

'Kami perlu menangi sesuatu musim hadapan. Ia sudah terlalu lama.

"Peminat telah menunggu terlalu lama dan sebagai pemain kami tidak gemar untuk melihat setiap tahun berlalu tanpa memenangi apa-apa, terutama sebuah kelab ternama seperti Arsenal."


(Sumber: http://www.telegraph.co.uk/)