Xavi - Kami adalah yang terbaik

Tuesday, June 7, 2011
Seruan pemain tengah Barca terhadap tentera Guardiola



Jaguh pasukan Barcelona, Xavi telah mendakwa juara Eropah itu merupakan pasukan terbaik sejak 20 tahun kebelakangan ini dan menyebut Lionel Messi sebagai pemain terbaik sepanjang masa.

Gergasi Catalan ini telah menyapu kesemuanya sebelum mereka sekali lagi mengakhiri musim baru-baru ini dan pemain antarabangsa Sepanyol mendakwa bahawa mereka berada dalam senarai tertinggi carta selama dua dekad ini.

Barca menyempurnakan sebuah musim luar biasa di Wembley apabila mereka menambah trofi dalam Liga Juara-juara UEFA selepas memperolehi kejuaraan liga di Sepanyol.
Xavi sedar akan beberapa pasukan yang hebat sebelum ini dan dia sungguh yakin himpunan bintang-bintang Barcelona hari ini telah menguburkannya.

"Terdapat beberapa pasukan yang hebat dalam sejarah, Pele Brazil, (Johan) Ajax Cruyff, (Arrigo) Sacchi Milan namun sepanjang 20 tahun, inilah pasukan Barcelona yang paling baik," dia memberitahu Bild.

Berkenaan dengan Messi, dia menambah: "Dia pemain terbaik sepanjang masa - lebih baik daripada Pele, Maradona atau Cruyff. Kita perlu menjaganya kerana dia sangat bernilai.

"Tanpa dia siapalah kami."

Musnah

Satu-satunya detik hitam yang berlaku dalam musim terbaik untuk Barcelona ini adalah kekalahan terakhir Copa del Rey dari musuh ketat mereka, Real Madrid.

Xavi mengeluh berkenaan pendekatan kritikal yang diterapkan oleh Jose Mourinho sepanjang musim tersebut.

Katanya: "Madrid merupakan lawan yang paling sukar tetapi bukan kerana cara mereka bermain bola sepak tetapi kerana mereka gemar memusnahkan permainan.

"Saya suka pendekatan yang dilakukan oleh Manchester United, ia seribu kali lebih baik. Ia akan lebih menarik untuk ditonton jika Real sedia untuk bermain."

Spekulasi sebelum pertembungan di Wembley mengatakan bahawa jurulatih Pep Guardiola akan menarik diri dari terus mengurus kelab tersebut tetapi Xavi berharap bekas pemain tengah Barcelona itu "terus kekal".

Dia menambah: "Dia (Guardiola) sangat pintar, sangat berminat dan sangat bersikap ke'Barcelona'an.

"Dia seorang jurulatih yang hebat dan saya berharap dia kekal selama-lamanya, jika tidak sebagai seorang jurulatih maka sebagai pengarah sukan atau presiden." 


(Sumber: http://www.skysports.com/)