Legenda Arsenal sokong Wenger untuk akhiri kemarau trofi

Thursday, June 9, 2011
Thierry Henry percaya Arsene Wenger adalah orang yang paling tepat untuk tugas itu.

Oleh Vanessa Keller

Legenda Arsenal Thierry Henry telah menyokong Arsene Wenger untuk melancarkan satu lagi cabaran serius demi kemasyhuran pada musim akan datang, selepas kelab Utara London itu menjalani kempen tanpa trofi kali keenam mereka.

"Bila anda bermain untuk Arsenal pasti sering ada kritikan. Tetapi saya sama seperti mana-mana peminat lain. Saya rasa seperti sebahagian daripada pasukan itu sekarang, saya merasa deritanya,” kata Henry.
Penyerang yang bermain 254 perlawanan untuk Arsenal itu berkata bahawa kepercayaan yang berterusan kepada teras utama skuad dan etika pasukan penting bagi matlamat jangka panjang.

"Kita perlu membantu dan percaya kepada pasukan,” kata lelaki Perancis itu. “Mereka mempunyai potensi untuk memperoleh kemenangan musim ini, mereka sentiasa semakin hampir namun adakalanya mereka tersungkur.

Saya rasa pasukanitu boleh melakukannya dan saya berharap agar Arsene Wenger kekal kerana beliau merupakan orang yang amat penting di sana untuk organisasi itu."

Henry akan berhadapan dengan Arsenal untuk mewakili New York Red Bulls pada Julai untuk Piala Emirates – dan pemain berusia 33 tahun itu berkata bahawa dia amat teruja untuk menghadapi kelab yang mana masih begitu dekat di hatinya.

"Ia pasti sesuatu yang menyenangkan perasaan. Untuk melihat semula orang-orang di Arsenal, para kakitangan yang bekerja di sana, para pemain, peminat-peminat, bos,” kata Henry. "Arsenal adalah tempat pemilik hati saya, jadi saya berharap agar ia akan menjadi satu saat yang menakjubkan.

"Saya menyayangi orang-orang di sana, para peminat, kakitangan yang bekerja di sana dari chef hinggalah kepada pekerja yang menjaga padang.” 


(Sumber: http://www.givemefootball.com/)

1 Komen:

  1. arsenal mmg ada potensi besar..