Chicharito tolak Real

Thursday, June 9, 2011
 
LONDON: Javier Hernandez akan menolak tawaran Real Madrid dan puncanya, penyerang lincah itu terhutang budi kepada pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Pemain itu sendiri tampil menyuarakan, semalam betapa dia tidak terpikat dengan tawaran daripada kelab gergasi Sepanyol itu yang ghairah mahu mencari penyerang berkualiti untuk memburu gelaran Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-10.

“Saya berterima kasih kepada Ferguson untuk membawa saya ke kancah kejohanan Eropah dan saya mahu memenangi banyak lagi trofi untuk pasukan yang melonjakkan nama saya musim ini,” kata pemain Mexico berusia 23 tahun itu.

“Motivasi saya amat tinggi selepas melalui satu musim hebat bersama United.”

Sebelum ini Real meminta United meletakkan harga mereka ke atas pemain bergelar Chicharito itu tetapi bimbang dengan perkembangan itu, The Red Devils sanggup meningkatkan tiga kali ganda gaji mingguan kepada £75,000 (RM367,500).

Penyerang lincah itu yang dibeli dengan nilai £6 juta (RM30 juta) dari Chivas sudah menyumbat 20 gol musim ini. - The Sun


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)