Bendtner sah tinggalkan Arsenal kerana bosan

Monday, June 6, 2011

Nicklas Bendtner telah mengesahkan bahawa dia '100 peratus' akan meninggalkan Arsenal pada musim panas ini selepas kecewa kekurangan peluang dalam skuad.

Pengakuan 'penyerang terbesar di dunia' itu adalah berikutan dengan kurangnya kemunculannya dalam posisi tiga penyerang selepas kehilangan tempatnya dalam pasukan utama oleh kehadiran Marouane Chamakh dan ketajaman Robin van Persie.

'Saya boleh berjanji agar tidak akan ada lagi musim seperti ini,' beritahu Bendtner kepada sporten.dk. 'Saya telah memutuskan 100 peratus bahawa saya harus meninggalkan Arsenal.


'Saya telah mempertimbangkan perkara ini setelah sekian lama dan telah tiba masanya untuk saya membuat keputusan. Saya akan bersabar dan yakin bahawa saya akan lebih tenang di sebuah kelab baru.'

Bendtner menyertai Arsenal semenjak berusia 16 tahun pada tahun 2004 dan walaupun telah menunjukkan permainan yang baik namun kemampuannya masih belum mencukupi untuk memenuhi kehendak kelab ke atasnya.

Keyakinan dirinya telah mempersonakan sebilangan penyokong di Stadium Emirates tetapi kegagalannya untuk melakukan jaringan semasa mendapat peluang terbuka dalam perlawanan akhir mereka dalam Liga Juara-juara menentang Barcelona telah meragukan orang lain terhadap kemampuan sebenarnya. 


Beberapa kelab besar di Eropah dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Denmark ini termasuklah tiga pasukan dari Serie A seperti Juventus, Milan dan Lazio yang kini telah menyediakan tawaran untuknya. Bayern Munich dan Sevilla juga turut berminat untuk mendapatkan penyerang tersebut.

Arsenal diharap agar menawarkan jumlah yang penting kepada pemain berusia 23 tahun itu, dengan ayah pemain tersebut yang turut memainkan peranan sebagai ejennya mencadangkan agar anak lelakinya dinilaikan sebanyak £12 juta.

Salah seorang pemain yang tidak melakukan carian untuk meninggalkan kelab adalah Johan Djourou, pemain berusia 24 tahun yang beraksi dalam perlawanan berkesudahan seri 2-2 antara Switzerland dan England. Pemain pertahanan Switzerland tersebut menikmati musim yang membanggakan bersama kelab dan berharap untuk membayar semula peminat-peminat dan pengurus dengan hasil yang lebih baik pada tahun depan. 

'Bagi pasukan, ia adalah terlalu sukar kerana kami telah bermain untuk begitu banyak kejohanan pada satu-satu masa dan kami telah hampir untuk meraih satu daripanya,' katanya. 'Pada musim lepas, saya tidak bermain untuk satu permainan pun dan apabila terdapat begitu banyak perlawanan dan mempunyai satu musim yang baik, saya turut berasa gembira.

'Kini kami mahu lakukan lebih baik lagi sebagai sebuah pasukan dan secara individu untuk memperoleh sesuatu. Saya rasakan para peminat berhak merasainya serta pengurus layak memperoleh sesuatu. Kami perlu untuk jadi lebih baik, lebih kuat, dan lebih bersedia untuk musim akan datang.'

Pasukan bimbingan Wenger ini telah dikaitkan dengan beberapa sasaran perpindahan pada musim panas, termasuk pemain seperti Scott Parker, Alex Chamberlain dan Peter Odemwingie.

Djourou menyatakan bahawa dia tidak pasti berapa bilangan di antara pemain yang bakal diambil nanti mampu memberikan hasil dan apa pula perubahan yang akan berlaku.

'Saya tidak tahu - ia harus dijawab oleh pengurus pasukan,' katanya, apabila ditanya mengenai rancangan pada musim panas. 'Saya rasa persaingan itu sentiasa membawa kebaikan. Itu akan membantu anda untuk bersaing dalam kedudukan. Jika anda mahu menjadikan sesuatu pasukan itu bagus, anda perlu ada satu skuad yang mantap.

'Saya rasa kami mempunyai satu skuad yang baik jika pemain berpengalaman atau pemain baru boleh membawa masuk kualiti, mereka sangat dialu-alukant.'

(http://www.dailymail.co.uk/)