The Gunners akan menelan belanja £15m untuk Gervinho

Monday, June 6, 2011
oleh Cliff Hayes


Arsenal perlu menyediakan tawaran sejumlah £15 juta untuk mendapatkan pemain sasaran musim panas mereka, Gervinho.

Penyerang Ivory Coast yang membantu Lille memenangi gelaran liga Perancis bulan lepas buat kali pertama sejak 57 tahun, turut menjadi buruan oleh beberapa kelab dalam Liga Perdana Inggeris termasuk Liverpool, Tottenham, Newcastle dan Everton.

Liverpool telah menawarkan £11juta yang telah ditolak oleh Lille yang berkeras untuk mengekalkan jumlah £15m sebagai ganti kepada aset berharga mereka.

Bos Arsenal Arsene Wenger turut berminat dengan pemain berusia 24 tahun tersebut yang telah mencatat 15 jaringan gol dalam 40 kemunculan untuk Lille musim ini.

Dan Gervinho lebih gemar untuk menyertai pasukan yang dapat menawarkannya bolasepak dalam Liga Juara-juara pada musim depan yang meletakkan the Gunners dalam pilihan utama.

Dia bersedia untuk membuat keputusan mengenai masa depannya selepas perlawanan kelayakkan Piala Negara-negara Afrika yang akan menyaksikan Ivory Coast bakal menentang Benin hari ini.

Dick Law, agen Arsenal telah berada di Argentina untuk perbincangan akhir dengan bintang Veles Sarsfield, Ricardo Alvarez.
 
Dilaporkan bahawa Arsenal telah mendapatkan Alvarez, 23, secara percuma, tetapi dia dipercayai mempunyai baki tiga tahun perjanjian lagi dan Velez kini dalam kesukaran.

(Sumber: http://www.newsoftheworld.co.uk/)