Barca tawar bintang muda untuk perjanjian £50m Fabregas

Monday, June 6, 2011


Oleh Alan Nixon

Arsenal telah ditawarkan seorang pemain Barcelona, Thiago Alcantara sebagai sebahagian daripada £50 juta pertukaran perjanjian untuk mendapatkan Cesc Fabregas.

Pemenang Liga Juara-juara, Barcelona bersedia membenarkan pemain muda berbakat itu untuk bersama skuad the Gunners sebagai tambahan £7 juta dalam bidaan terkini mereka untuk menarik Fabregas kembali ke kelab lamanya itu.

Alcantara boleh dijadikan pertukaran walaupun hanya membuat beberapa kemunculan untuk pasukan Pep Guardiola dalam minggu-minggu terakhir musim - kerana peluangnya untuk bermain dalam skuad agak terbatas oleh ketibaan pemain baru yang berpotensi dalam kelab.

Wenger mengetahui bahawa dia akan menghadapi perebutan apabila terus menyimpan ketua pasukan Arsenal, Fabregas dan Alcantara mungkin satu penggantian yang berbaloi serta murah.

Alcantara dijangka akan bermain untuk kejohanan Piala Dunia bawah 20 bagi pasukan Sepanyol dan kelihatan lebih baik daripada mana-mana bakat yang ada di Inggeris semasa dia bermain menentang skuad muda the Lions pada  Kejuaraan Eropah musim panas lepas dalam peringkat kumpulan.

Pemain bola berbakat tersebut merupakan anak lelaki kepada bekas bintang bolasepak Brazil dan Barcelona, Mazinho dan ia akan menjadi kunci untuk perpindahannya. Tetapi dia juga mungkin terpaksa pergi untuk cuba meningkatkan kemajuan dirinya.

Akhbar di Spanyol melaporkan bahawa Alcantara, pemain terbaik perlawanan semasa menentang Malaga dalam perlawanan domestik terakhir musim lepas, telah melakukan perbincangan bersama Wenger semasa Barca menuju perlawanan akhir dalam Liga Juara-juara.

Dan Barca akan membenarkan salah satu daripada pemain tempatan mereka dilepaskan ke London asalkan mereka boleh mendapatkan Fabregas walaupun mereka masih perlu mencari tambahan lebih £40 juta untuk memastikan perkara itu berlaku.


(http://www.mirrorfootball.co.uk/)