Poket Barca tidak cukup simpan dana untuk Fabregas

Thursday, June 9, 2011
 

Tawaran Barcelona untuk memikat Cesc Fabregas jauh daripada Arsenal kelihatan dalam keraguan selepas kelab Catalan itu mengumumkan bahawa bajet perpindahan musim panas mereka hanya sejumlah £40juta, kurang £10juta daripada angka yang dijangka mampu untuk menandatangani kapten the Gunners itu.

Barca telah mengambil langkah luar biasa dengan mengumumkan bajet perpindahan musim panas mereka selepas mengesahkan bahawa mereka mengambil kira untuk mengurangkan hutang kelab.

Javier Faus, naib presiden jabatan kewangan juara Eropah itu berkata jurulatih Pep Guardiola hanya mempunyai £40juta untuk pengambilan baru, ditambah dengan wang yang boleh diperolehi hasil dari jualan.

Keadaan ini memperlihatkan bahawa jumlah tersebut tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan kelab di London Utara itu terhadap pemain tengah mereka, walaupun angka itu boleh dibesarkan dengan pendapatan yang dihasilkan dari penjualan pemain seperti Bojan Krkic, Jeffren dan Maxwell.

Dalam mengumumkan pengurangan jumlah hutang tersebut, Faus berkata: 'Hutang kasar telah dikurangkan daripada £474juta kepada £429juta, dan hutang bersih daripada £383juta kepada £324juta.

'Kami mahu menentukan masa depan kami dan untuk berbuat demikian kita mesti mengurangkan hutang pada tahap-tahap yang boleh diterima.

'Ia merupakan satu usaha yang besar, yang akan diteruskan dalam dua tahun yang akan datang, mengurangkan jumlah hutang ini.merupakan satu usaha yang perlu dan teramat penting.

'Ini akan menjadikan Barcelona sebagai kelab yang cekap di dunia dalam urusan kewangan selama dua hingga tiga tahun.' 


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)