Gallas: Wenger, kamu lakukan silap besar!

Tuesday, June 7, 2011
Willian Gallas mengatakan dia telah membuktikan bahawa Arsenal telah melakukan kesilapan besar kerana meletakkan segala masalah yang berlaku sebelum ini di bahunya.



Dan pemain pertahanan Spurs tersebut turut mendakwa bahawa bekas kelabnya melakukan kesilapan besar dengan melepaskan dia untuk menyertai musuh utama mereka begitu sahaja pada musim panas lepas.

Gallas, 33, kini menandatangani perjanjian baru untuk kontrak dua tahun di White Hart Lane selepas meyakinkan bos Harry Redknapp dengan sikap dan ketekalannya.
 
Pemain Perancis itu berkata: "Orang lain akhirnya telah melihat ia adalah terlalu awal untuk mengatakan bahawa semua masalah yang berlaku di Arsenal berpunca dari William Gallas. 
"Ramai peminat bertanya kenapa saya meninggalkan Arsenal. Saya meninggalkannya kerana kami tidak menemui kata sepakat dalam syarat-syarat berkaitan kewangan - dan mereka memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat saya.

"Saya menghormati akan pilihan mereka itu dan mereka menghormati pendirian saya yang tidak bertuju mengenai nilai yang mereka tawarkan kepada saya


"Arsene Wenger telah membuat keputusan dan saya percaya dia membuat satu kesilapan besar kerana apabila anda lihat Arsenal pada musim ini, mereka seperti kehilangan sesuatu dalam pasukan."

Gallas tidak mendapat sokongan di Emirates pada November 2008 dan kemudiannya dia telah dilucutkan daripada jawatan ketua pasukan dan turut didenda melalui dua minggu gajinya kerana secara terbuka mengkritik rakan sepasukan antarabangsanya dari Perancis, Samir Nasri serta beberapa pemain skuad the Gunners yang lain.

Kini dia mendakwa: "Mereka cuba membuang saya seperti sayalah punca kegagalan, tetapi mereka tidak memahami apa disebaliknya. Samir Nasri sendiri tahu mengenai masalah ini. Dia tidak boleh membohongi dirinya sendiri.

"Sebagai seorang ketua pasukan di Arsenal saya mahu memberikan mereka satu panduan, tetapi mereka tidak memahaminya. Saya mungkin cuai dengan ayat-ayat yang saya gunakan, tetapi maksud pesanan saya itu masih betul.


"Saya menandatangani kontrak bersama Arsenal dari Chelsea yang mana saya memenangi banyak gelaran di sana dan mahu berkongsi pengalaman saya kerana saya fikir kami kekurangan dari segi komitmen dalam usaha kami.

"Tetapi malangnya mesej saya disalah ertikan dan saya terpaksa menanggung untuk semua itu."

Rundingan terakhir bersama Gallas tiba di penghujung musim terakhirnya bersama Arsenal apabila ditawarkan sebuah kontrak selama 12 bulan yang kurang daripada setengah gaji £80,000 seminggunya untuk melanjutkan masanya di Emirates.

Katanya: "Jurulatih itu menyangka kerjaya saya berakhir tetapi saya telah buktikan dia silap. Saya berpeluang berhijrah ke Qatar tetapi Liga Perdana Inggeris sterlalu mengujakan dan saya mahu menunjukkan bahawa saya masih boleh bersaing di peringkat tertinggi dan Tottenham telah memberi saya peluang tersebut."

Kini Gallas hanya menyesali berkenaan kerjaya antarabangsanya yang telah berakhir dengan keadaan yang memilukan selepas pemain-pemain Perancis mogok di Afrika Selatan pada tahun lepas


Pemain pertahanan tengah ini tidak terpilih untuk skuad Les Bleus sejak jurulatih baru, Laurent Blanc mengambil alih permulaan musim dan dia menerima untuk tidak mewakili negaranya lagi.

Gallas mengakui: "Kami telah membuat keputusan yang salah di kejohanan Piala Dunia tetapi pada masa itu kami berada dalam satu gelembung, tidak sedar untuk bagaimana tindakan buruk tersebut jika diamati di halaman sendiri.

"Gambaran terhadap apa yang telah kami lakukan masih menghantui saya tetapi ia tidak mencerminkan siapa sebenar diri saya. Saya hanya sangat kecewa selepas berada 16 tahun dalam  tahap terbaik yang akhirnya musnah begitu sahaja dengan hanya satu kesilapan.

"Apabila saya telah kembali di tahap terbaik saya bersama Tottenham, saya jangkakan Perancis akan kembali memanggil saya.

"Menurut pengurus, pemain terbaik akan terpilih dan pada musim ini saya merasakan bahawa saya adalah salah seorang pemain terbaik Perancis dalam posisi itu.

"Sekarang, diusia 33 tahun, saya sedar yang saya tidak akan menyarungi jersi biru itu lagi. Tetapi saya telah memperoleh kerjaya besar yang telah membenarkan saya untuk dipilih untuk mewakili negara saya sebanyak 84 kali. Dan mereka tidak boleh membuang semua memori itu dari diri saya.."


(Sumber: http://www.thesun.co.uk/)