Samir Nasri tidak akan ketepi pindah ke United

Monday, June 6, 2011
• Nasri mahu mengetahui sejauh mana kesungguhan United
• Rundingan kontrak dengan Arsenal masih dalam perbincangan


Oleh Dominic Fifield

Samir Nasri telah mengambil risiko tinggi dalam meretakkan hubungan bersama Arsène Wenger dengan meragukan kesediaannya untuk menandatangani kontrak baru di Arsenal pada musim panas ini. Pemain antarabangsa Perancis itu menyatakan minatnya untuk mengetahui samada Manchester United bersungguh-sungguh untuk mendapatkan khidmatnya.



Pada minggu lepas Wenger mengakui bahawa rundingan antara kelab dan pemain tersebut, yang telah berhijrah ke Emirates dengan jumlah perpindahan £15.8m dari Marseille pada musim panas 2008, telah menemui kebuntuan melalui tawaran syarat kewangan. Nasri kini sedang melalui tahun terakhir kontraknya di Stadium Emirates dan dengan tiga tahun pengalaman di dalam Liga Perdana bersamanya, ia akan menjadi tarikan besar buat United. Spekulasi bahawa juara Liga Perdana Inggeris itu akan mengemukakan tawaran kepada pemain tersebut telah dikhabarkan oleh Patrice Evra yang menyatakan pemain serangan tengah itu akan berpindah ke Old Trafford.

Ia telah membuatkan Wenger mengeluarkan kenyataan pada minggu lepas: "Suatu perkara yang pasti adalah kami tidak akan menjualkannya kepada Manchester United." Sebelum itu Nasri pula menyatakan dalam temubual bersama TF1's Telefoot, bersikap lebih terbuka dalam prospek tersebut dengan mengatakan. "Lihatlah dahulu samada mereka bersungguh-sungguh dalam hal ini, dan selepas itu barulah sebarang perbincangan boleh dilakukan," katanya.

"Saya tidak pasti samada saya akan menandatangani kontrak baru. Walaubagaimana pun, perbincangan masih berterusan. Pada ketika ini, saya tidak mahu memikirkan tentang hal ini. Kami akan berbincang mengenainya selepas perlawanan dengan Poland nanti [pada Selasa]. Adakah saya mahu berhijrah ke United? Kita perlu lihat dahulu samada mereka ada kesungguhan dalam melakukannya dan hanya jika ia sesuatu yang berpatutan."

Arsenal, yang turut mempunyai seorang lagi pemain yang berada dalam kedudukan yang sama iaitu Gaël Clichy, mengharapkan Nasri terus bersama dalam skuad melalui perjanjian baru lima tahun dengan nilai sekitar £90,000 seminggu. Kontrak kedua-dua pemain tersebut akan tamat pada musim panas 2012 dan Wenger enggan membenarkan mereka meninggalkan skuad the Gunners begitu sahaja, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Mathieu Flamini ke AC Milan tiga tahun lepas.

Nasri telah bermain dalam perlawanan berkeputusan seri 1-1 antara Perancis dan Belarus pada Jumaat lepas dan dijangka akan turut beraksi dalam perlawanan persahabatan di Poland; dan perbincangan akan disambung semula selepas kepulangannya. Namun jika tiada kata sepakat dicapai, permain berusia 23 tahun itu yang mungkin bernilai sekitar £10m, akan membuka ruang untuk dia dilamar oleh pasukan lain..

(Sumber: http://www.guardian.co.uk/)