Klose sah sertai Lazio

Friday, June 10, 2011

ROME: Kelab Serie A, Lazio mengesahkan penyerang Jerman, Miroslav Klose akan mengakhiri kerjayanya di Itali selepas menandatangani kontrak bersama kelab itu.

Bekas pemain Bayern Munich yang menjengah usia 33 tahun semalam meraikannya dengan menandatangani kontrak dua tahun dengan meninggalkan Bundesliga tanpa sebarang yuran perpindahan.

“Klose adalah pemain Lazio,” petik laman web kelab yang berpangkalan di Rome itu kelmarin. “Presiden, staf dan peminat gembira untuk mengucapkan selamat kembali kepadanya.” Klose yang hanya menjaringkan satu gol liga pada musim keempat bersama kelab gergasi Jerman itu menjalani ujian perubatan di Rome semalam sebelum diperkenalkan kepada media.

Ketika di puncak kerjayanya di pentas antarabangsa, penyerang kelahiran Poland itu menjaringkan 61 gol dalam 109 penampilan bersama skuad kebangsaan Jerman termasuk empat gol yang dijaringkan di Afrika Selatan tahun lalu sekali gus membolehkannya mengumpulkan 14 gol di Piala Dunia, kurang satu gol di belakang pemegang rekod Ronaldo dari Brazil. - Reuters


(Sumber: http://www.hmetro.com.my/)