Pertahanan muda Carl Jenkinson sertai Arsenal

Wednesday, June 8, 2011
Arsenal telah mengesahkan menandatangani pemain pertahanan Finland bawah 19, Carl Jenkinson dari Charlton. 

Arsenal Football Club gembira mengumumkan bahawa pemain pertahanan harapan Carl Jenkinson, 19, telah tiba dari kelab di League One, Charlton Athletic. Pemain skuad muda the Gunners seperti Benik Afobe, Chuks Aneke dan Oguzhan Ozyakup turut menjamin masa depan mereka untuk kelab.

Jenkinson yang menyertai Arsenal telah muncul sebanyak sembilan kali untuk pasukan utama Charlton Athletic. Dengan kemampuannya bermain di bahagian pertahanan kanan, remaja dengan ketinggian 6' 1'' itu turut juga berpotensi untuk bermain di bahagian tengah pertahanan. Walaupun dilahirkan di England, Jenkinson layak untuk mewakili kedua-dua negara England dan Finland  melalui ibunya. Pemain pertahanan ini telah pun mewakili kedua-dua negara di peringkat remaja, dan pada musim lepas mengetuai Finland bawah 19.

Afobe, seorang pemain penyerang dan pemain antarabangsa remaja England, menyertai kelab sejak berumur lapan tahun dan telah diangkat untuk bermain di bawah-18 tahun serta bermain untuk pasukan simpanan. Dia menandatangani syarat-syarat profesional pada Februari 2010. Remaja yang dilahirkan di Leyton ini muncul kembali selepas waktu pinjamannya ke Huddersfield Town dan telah mencatat lapan jaringan gol dalam 36 kemunculan. Ini membantu pasukan Lee Clark meneruskan perjalanan tanpa kalah dalam 25 perlawanan.

Pemain tengah kelahiran Newham, Aneke merupakan seorang lagi pemain yang datang dari Hale End Academy Club, yang disertainya sejak berusia tujuh tahun, untuk beraksi bersama pasukan simpanan Neil Banfield. Pemain antarabangsa England di bawah-18 ini telah mencatat enam gol dalam 17 permainan dalam FA Premier Reserve League South. Chuks menandatangani syarat-syarat profesional pada Julai 2010.

Midfielder Ozyakup telah dpermulaan yang baik dalam kerjaya Arsenalnya sejak tiba dari kelab Belanda AZ Alkmaar dua musim lepas. Pemain muda skuad antarabangsa Belanda bersama dengan Aneke and Afobe membantu pasukan Steve Bould di bawah-18 tahun bagi gelaran Premier Academy League pada tahun 2010 dan telah membuktikan bahawa dia adalah seorang pemain harapan utama dalam skuad simpanan dengan 22 kemunculan bagi dirinya setakat ini.


 (Sumber: http://www.arsenal.com/)