Aksi Harimau-Garuda ditunda

Monday, August 8, 2011

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menafikan laporan sebuah laman sesawang mengenai pengesahan Presiden Bola Sepak Indonesia (PSSI) Djohar Arifin Husin berkenaan perlawanan persahabatan dengan Malaysia, 14 Ogos ini.

Menurut Azzuddin, tiada sebarang perlawanan persahabatan yang akan berlangsung pada tarikh berkenaan.

”Perlawanan pada 14 Ogos depan akan ditunda pada satu tarikh yang lain,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai laporan tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin terkejut apabila dimaklumkan oleh Sinar Harian mengenai pengesahan Presiden PSSI itu.

Sementara itu, Djohar dalam satu kenyataannya kepada media Indonesia semalam, mengesahkan perlawanan persahabatan itu bakal diadakan di Kuala Lumpur 14 Ogos sebagai persediaan Garuda menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia September depan.

“Kami terpaksa menukar jadual perlawanan setelah diberitahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa pemain mereka tidak boleh datang ke Jakarta. Jadi kami putuskan akan datang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Pada 2 Ogos lalu, Indonesia mempelawa skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan namun terpaksa ditunda atas alasan tertentu. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)