Laurent Blanc tunggu keputusan Samir Nasri

Tuesday, August 9, 2011
Laurent Blanc harap Samir Nasri tentukan masa depannya dalam waktu terdekat


Oleh Agung Harsya

Ketidakpastian masa depan Samir Nasri di Arsenal turut membuat Laurent Blanc gelisah.

Nasri dilaporkan ingin meninggalkan Arsenal, tetapi kelabb London itu berusaha mempertahankannya. Rumor perpindahannya semakin kuat ketika Nasri tidak diturunkan Arsenal ketika percubaan dalam menentang Benfica akhir minggu lepas. Jurulatih Nasri dalam pasukan kebangsaan Perancis, Blanc, berharap pemainnya segera mendapat kata putus.

"Kecuali ada bukti yang mengatakan sebaliknya, Nasri tetap pemain Arsenal," ujar Blanc dalam perlawanan percubaan menentang Chile.

"Dia tidak bermain menentang Benfica kerana tidak sihat. Itu saja, saya tidak tahu selebihnya. Saya hanya tahu dia sedang berbincang dengan Arsenal, bukan untuk memperpanjangkan kontrak, tetapi untuk pindah kelab."

"Secara pribadi, saya tidak sabar menanti keputusan itu karena secara psikologi sukar bermain untuk pasukan ketika anda tidak tahu masa depan anda. Saya mengakuinya ia boleh mengganggu. Tapi seperti yang saya katakan, dia tidak akan bermain tanpa kelab. Jika dilihat kepada kelab yang mahu mendapat khidmatnya, saya tidak akan membantah keadaannya pada waktu ini. Tapi jika semuanya boleh diselesaikan dengan segera, itu akan jadi lebih baik bagi pasukan kebangsaan Perancis."

Manchester City diyakini menjadi kelab paling serius dalam perkaitan dengan Nasri, tetapi Arsenal menolak tawaran mereka.


(Sumber: http://www.goal.com/)