Teddy Sheringham: Lupakan gelaran Juara Liga Arsenal

Tuesday, August 9, 2011
Teddy Sheringham anggap kedudukan terbaik yang mampu diraih Arsenal adalah tempat ke-empat


Oleh Tegar Paramartha

Legenda Manchester United Teddy Sheringham menganggap Arsenal harus melupakan gelaran juara Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Bekas pemain Tottenham tersebut berpendapat bahawa tempat ke-empat adalah kedudukan terbaik yang mampu diraih oleh skuad bimbingan Arsene Wenger tersebut.

"Arsenal menderita kerana mereka tidak memiliki kekuatan kewangan seperti yang dimiliki oleh tiga kelab lain," ujar Sheringham kepada The Sunday Mirror.

"Saya mengkagumi bagaimana kelab tersebut dijalankan. Mereka tidak ingin mengeluarkan dana perpindahan dan gaji yang besar. Tetapi peminat mereka menjadi semakin tidak sabar untuk sebuah gelaran, sehingga tekanan semakin tinggi."

“Saya berpendapat kedudukan tempat ke-empat adalah tempat yang terbaik untuk mereka perolehi pada musim yang akan datang. Dan dengan alasan yang sama, Tottenham berada di landasan yang sama dengan Arsenal."


(Sumber: http://www.goal.com/)