Arsene Wenger: Saya sayangkan Cesc Fabregas

Tuesday, August 9, 2011
Wenger kembali menegaskan tidak akan menambah khabar angin berkaitan Fabregas ke Barcelona


Oleh Donny Afroni

Pengurus Arsenal Arsene Wenger menegaskan, dirinya masih menyayangi Cesc Fabregas, dan berharap kapten the Gunners tersebut tidak meninggalkan Emirates pada pasaran perpindahan musim panas ini.

Fabregas kebelakangan ini dikaitkan dengan kepindahan ke Barcelona. Fabregas tidak dimasukkan ke dalam skuad Arsenal dalam pra-musim kelab kerana menerima rawatan kecederaannya di London.

“Saya tidak fikir dia akan bersedia untuk memulakan musim kerana sudah terlalu lama dia berehat, dan tidak banyak mengikuti perlawanan,” ujar Wenger kepada laman rasmi kelab.

“Pada waktu ini saya tidak ingin membicarakan mengenai perpindahan Fabregas kerana saya sering mengatakan perkara itu selama tiga tahun pada setiap perjumpaan bersama wartawan. Jadi saya tidak akan menambahkan apapun [mengenai perpindahan Fabregas].”

“Saya menyayangi Fabregas, dan mahu dia terus kekal. Itu saja. Setiap orang berhak untuk berfikir sesuai dengan keinginannya. Saya tidak mampu menghentikan orang lain untuk terus tertanya-tanya.”


(Sumber: http://www.goal.com/)