Nicklas Bendtner Pastikan Diri Pindah

Tuesday, August 9, 2011
Nicklas Bendtner menyerahkan urusan perpindahannya kepada Arsenal kerana keinginannya untuk pindah sudah diputuskan


Oleh Agung Harsya

Nicklas Bendtner dengan tegas menyatakan bahawa dia yakin akan meninggalkan Arsenal pada musim panas ini kerana ingin mencari kelab yang mampu memberikannya peluang permainan kerap.

Bendtner menyatakan niatnya kepada media Denmark di Stadium Hampden Park dalam persiapan percubaan menentang pasukan kebangsaan Scotland, Rabu ini.

"Ya, saya telah menjalankan tugas sebaik mungkin dan sekarang terpulangkah bagaimana Arsenal akan menyelesaikannya. Saya tidak boleh melakukan apa-apa lagi," ujarnya.

"Semoga ia boleh diselesaikan dalam waktu terdekat. Seandainya ada apa-apa maklumat lain, saya akan memberitahunya kepada media."

"Saya ingin bermain di tempat yang boleh memberikan saya kebahagiaan dan kesempatan bermain untuk setiap minggu. Itu perkara paling penting bagi setiap pemain bolasepak dan semoga semuanya berjalan lancar."

Bendtner menolak khabar angin berkenaan tawaran Stoke City terhadap dirinya.

"Saya tidak boleh memberitahu siapa yang telah menghubungi saya," dia mengelak.


(Sumber: http://www.goal.com/)