Eboue bersedia untuk hijrah £3.5 juta ke Galatasaray

Sunday, August 7, 2011

Pemain pertahanan Arsenal Emmanuel Eboue dijangka akan melengkapkan perpindahan £3.5 juta ke kelab gergasi Turki Galatasaray minggu ini, selepas tidak menyertai 19 pemain skuad the Gunners lain ke Portugal pada persahabatan menentang Benfica yang lepas.

Pemain Ivory Coast berusia 28 tahun tersebut hanya memulakan lapan penampilan utama dalam perlawanan Liga Perdana pada musim lepas dan tidak mendapat tempat dalam rancangan Wenger untuk musim yang baru. Eboue, pemain yang sangat dikenali di dalam kelab mungkin terpaksa menjadi pilihan ketiga bagi posisi pertahanan kanan untuk musim yang baru selepas kehadiran pemain muda baru Carl Jenkinson.

Perbincangan di antara Eboue and Galatasaray telah tergendala selepas dia menolak syarat kontrak yang ditawarkan kepadanya, bagaimanapun wakilnya telah berbincang semula dan meningkatkan perjanjian tersebut yang mana kelihatan diterima oleh bekas pemain Beveren itu.

Manakala itu, pemain hadapan Denmark Nicklas Bendtner kini dalam perbincangan dengan sebuah kelab Eropah tidak ternama berkenaan perpindahan tetap, yang mana Sky Sport menyatakan bahawa Stoke City telah menyatakan kesediaan mereka untuk menggunakan khidmat pemain berusia 23 tahun tersebut.

Manuel Almunia berkemungkinan pemain ketiga yang akan keluar dari Stadium Emirates. Kelab Sepanyol seperti Atlético Madrid dan Malaga telah bersiap sedia untuk membuat tawaran kepada penjaga gol tersebut, atau mungkin akan bermain dalam skuad simpanan pada musim akan datang jika tiada kelab yang boleh memberikan tawaran yang sesuai.


(Sumber: http://goonertalk.com/)