Barca belum panas

Monday, August 8, 2011

MENJELANG kempen La Liga yang membuka tirainya 21 Ogos depan, jurulatih Barcelona Pep Guardiola mengakui pasukannya belum bersedia sepenuhnya, ditambah pula dengan masalah kecergasan yang menghantui sebahagian pasukan itu.

“Kami perlukan lebih masa untuk pastikan pemain berada pada tahap kecergasan fizikal memuaskan dan saya tidak nafikan kekuatan mental juga sama penting,” katanya.

Aksi La Liga membuka tirainya dengan aksi perebutan trofi Piala Supercopa de Espana, antara juara La Liga musim lalu, Barca menentang juara Copa del Rey Real Madrid, 15 Ogos depan

“Real pastinya akan menentang habis-habisan. Namun, saya yakin pasukan kami akan menang perlawanan itu,” katanya.

Bagi rekod, Barca juga juara sembilan kali sementara, Madrid mengidam untuk merampas kembali piala tersebut selepas gagal sejak 2008.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)