Aksi Balotelli bangkit kemarahan pemain United

Monday, April 18, 2011

LONDON - Mario Balotelli mencemarkan kejayaan yang dilakar Manchester City selepas bertikam lidah dengan beberapa pemain Manchester United ketika perlawanan hampir berakhir di Wembley, kelmarin.

Balotelli membangkitkan kemarahan pemain-pemain bintang Alex Ferguson apabila dia meraikan kejayaan kelabnya itu menewaskan United 1-0 di hadapan penyokong Red Devils.


Penyerang City itu yang sememangnya terkenal dengan sikap panas baran telah menanggalkan jersinya bagi meraikan kejayaan pasukannya di hadapan penyokong United dan Anderson serta Rio Ferdinand kemudiannya telah mengejar Balotelli untuk mempertikaikan tindakannya itu.

Selepas bertikam lidah dengan kedua-dua pemain United, Balotelli telah ditarik keluar daripada insiden tersebut tetapi dia hanya beredar selepas membangkitkan lagi kemarahan Ferdinand apabila mengenyitkan mata kepada pertahanan England itu.

Ferdinand kemudiannya terus masuk ke terowong stadium sebelum mengoyakkan jersinya dan dia jelas amat kecewa dengan apa yang berlaku.

Ketika ditanya mengenai insiden tersebut, penjaga gol United, Edwin van der Sar menjelaskan Balotelli tidak seharusnya bersikap sedemikian. Namun, pemain veteran itu enggan mengulas lanjut mengenai sikap pemain itu. - AFP
 





(Sumber: http://www.utusan.com.my/)


2 Komen:

  1. Ayie said...:

    Yang kenyit mata tuh, memang tak tahan.. hahaha

  1. Hahahaha, patut la bdak2 MU ni sakit ati sngt kat dia. cam perli2 plak kan...huhuhuhu