Inter berpeluang untuk dapat 'Player of the Year' skuad the Gunners (Video)

Tuesday, April 19, 2011
Samir Nasri mungkin tinggalkan Arsenal untuk Serie A jika rundingan kontrak gagal


Pemain tengah Arsenal, Samir Nasri mungkin akan melakukan perpindahan mengejutkan jika rundingan tentang perjanjian baru pada musim panas akan datang gagal, lapor the Mirror.


Pemain berusia 23 tahun ini berkata bahawa masih belum diputuskan berkenaan perjanjian barunya di Utara London dan selepas musim yang mengecewakan dalam Liga Perdana Barclays, yang menyaksikan dia terpilih sebagai calon kedua dalam PFA Players' Player of the Year, kerjaya pendeknya di England mungkin akan berakhir.

Inter Milan diperkatakan akan menjadi antara kelab yang akan memburu Nasri, namun begitu rundingan pertama tentang kontrak barunya haruslah gagal sebelum rundingan seterusnya boleh dipersetujui, jika Arsenal tidak menjualnya.

Kontrak perjanjian pemain dari Perancis ini akan tamat pada hujung musim hadapan, namun jika dia menolak untuk menandatangani perjanjian baru pada musim panas ini, Arsenal mungkin terpaksa menjualnya atau Nasri boleh meninggalkan Arsenal secara bebas pada musim berikutnya.

Pemain tengah ini telah menjaringkan 14 gol untuk Arsenal musim ini dan cukup menarik untuk di calonkan dalam senarai pemain PFA of the year dan telah mendapat pujian dari semua sukan bolasepak.

The deal for Nasri could see either Maicon or Diego Milito move in the opposite direction as a makeweight for the French international.
Rundingan terhadap Nasri mungkin akan menyaksikan samada Maicon atau Diego Milito akan berhijrah dalam arah yang bertentangan untuk menggantikan pemain antarabangsa Perancis ini.



 (Sumber: http://www.givemefootball.com/)

3 Komen:

  1. Ayie said...:

    Bodoh la arsenal kalau dia jual samir.. Sapa nak jadi playmaker..?? Febrages dah agak tua, nanti kalau dia bersara, mana nak cari pengganti..?? Kang tak memasal jadi mcm liverpool.. Hilang Xavi Alonso, terus mati kutu.. -sekadar pendapat

  1. bkan asenal y nk jual die la sengal... die yg xnak sambung kontrak.. xkan asenal nak pakse die... bce tu bia teliti dulu, nk maki org je kje...

  1. bkan asenal yg nk jual sdie la sengal. die yg xnak smbung kontrak xkan nk pakse die, bce tu bia teliti dulu jngan nak main maki org je terus.. sengall..