Penentuan juara akhir musim

Thursday, April 21, 2011

LONDON - Carlo Ancelotti percaya perlumbaan memburu gelaran Liga Perdana akan ditentukan pada perlawanan akhir musim apabila Chelsea naik ke tangga kedua selepas menewaskan Birmingham 3-1, semalam.

Pasukan bimbingan Ancelotti kini mendahului Arsenal berdasarkan kelebihan jaringan gol meskipun berkongsi mata tetapi ketinggalan enam mata di bawah pendahulu, Manchester United tatkala baki lima perlawanan yang tinggal.


Kedua-dua pencabar terdekat United ini juga akan berdepan pasukan Alex Ferguson - Chelsea bertandang ke Old Trafford pada 8 Mei ini manakala Arsenal akan menunggu kunjungan United lebih awal, 1 Mei - peluang terbaik untuk memintas jumlah mata pendahulu itu.

Sekalipun Acelotti masih berpegang kepada pendiriannya tentang Chelsea yang dianggap lemah, dia percaya akan ada lebih banyak kejutan yang bakal berlaku menjelang akhir musim ini.

"Dalam bola sepak, apa jua boleh berlaku sehinggalah ke wisel penamat. Anda boleh menang gelaran pada saat akhir dan begitu juga anda boleh terlepas gelaran pada saat akhir.

"Kalau dahulu kami berkata memiliki peluang sedikit untuk memburu gelaran, mungkin ramai yang menganggap kami gila.

''Tapi sekarang kami gembira dapat mendaki tangga kedua. Kami akan tunggu dan lihat apa akan berlaku dalam lima perlawanan berikutnya.

"Kami tahu United akan menentang Arsenal. Semuanya masih terbuka. Secara jujurnya saya mengatakan beruntungnya kami jika berada dalam posisi United, berkelebihan enam mata," ujarnya.

Pada perlawanan semalam, jaringan babak pertama Florent Malouda dan Salomon Kalou meletakkan Chelsea menguasai perlawanan sebelum jaringan Malouda melengkapkan kemenangan.

Dalam pada itu, Birmingham mendapat jaringan tunggal daripada Sebastian Larsson tetapi sudah terlambat untuk mengubah keputusan di Stamford Bridge. - AFP


(Sumber: http://www.utusan.com.my/) 

2 Komen:

  1. Filippo said...:

    susah nk predict, Mu 6 point ada lagi 5 games..kalo diorang konsisten yang lain gigit jari la..
    next season wenger kene brainwash sket bebudak arsenal nih

    info Pusingan Kedua Liga Super

  1. Anonymous said...:

    tak payah juara lah arsenal nih untuk kali 6 berturut-turut..,,ini lah puncanya wenger sendiri mempunyai sifat ego