Perebutan liga masih bernyawa kerana Newcastle

Wednesday, April 20, 2011
Keputusan 0-0 menentang Newcastle meruntuhkan keunggulan United yang berpotensi dipintas oleh Arsenal.


Oleh Dede Sugita

Kembalinya Wayne Rooney selepas menjalani pergantungan dua perlawanan akibat kata-kata kesat ke arah kamera TV tidak mampu membantu Manchester United untuk memecah kebuntuan di St. James's Park.

Melawat ke halaman Newcastle United itu pada Rabu (20/4), skuad Syaitan Merah ini harus berpuas hati dengan berkongsi mata dengan pasukan tuan rumah setelah perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0.


Hasil ini membuat keunggulan mata United berpotensi dipintas oleh Arsenal, yang akan bermain menentang Tottenham Hotspur sehari selepas perlawanan tersebut.

Sir Alex Ferguson, yang masih dalam pergantungan yang tidak bersama skuadnya di bangku simpanan membuat lima perubahan daripada skuad United yang ditewaskan Manchester City pada semi-final Piala FA.

Yang paling ketara adalah kembalinya Rooney untuk mengisi tempat Dimitar Berbatov, tidak langsung memberi impak dalam perlawanan tersebut.

Kedua pasukan memulakan perlawanan yang diadili oleh pengadil Lee Probert ini dengan tempo tinggi. Serangan tersebut dilakukan dengan pantas menyebabkan peluang pertama hadir untuk United dalam minit kedua.

Aksi Wayne Rooney dengan gerakkan dari sebelah kiri dilanjutkan dengan hantaran lintang ke arah Javier Hernandez, tapi usaha Chicharito berjaya dielakkan dengan mudah oleh Tim Krul di bawah kawalan Newcastle.

Pasukan tuan rumah turut tidak ketinggalan melakukan asakkan. Secara perlahan-lahan mereka membina serangan dengan mengawal penguasaan bola. Usaha Newcastle nyaris membuahkan hasil apabila Jonas Gutierrez membawa bola dari kiri sebelum melepaskan rembatan yang melebar.

Di awal 20 minit permainan, Newcastle melanjutkan dominasi mereka ke atas United, tapi justru skuad Syaitan Merah yang mendapat peluang kedua melalui serangan balas. Rooney menjadi jentera kepada serangan tersebut. Pemain penyerang bertubuh besar ini kembali melancarkan umpanan kepada Hernandez, tapi pemain tersebut masih gagal untuk menemui sasaran.

Memasuki setengah jam masa perlawanan, United mula menguasai permainan, namun begitu separyh masa pertama menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan 0-0.

Di awal babak kedua, United terus melanjutkan dominasi mereka dan berusaha untuk memberi tekanan kepada Newcastle. Ryan Giggs memperoleh peluang melalui percubaannya, namun Krul dengan mudah menyelamatkan percubaan pemain yang berasal dari Wales itu.

Pada minit ke-60, pemain Newcastle, Peter Lovenkrands, diterjah oleh Anderson sehingga terjatuh di atas kotak penalti, tetapi pengadil tidak menganggapnya sebagai satu pelanggaran.

Di minit-minit akhir perlawanan, giliran Hernandez pula yang terjatuh di atas otak penalti Newcastle, tetapi Probert menganggap penyerang muda berasal dari Mexiko itu sengaja menjatuhkan diri sehingga menyebabkan dia dilayangkan kad kuning..

Akhirnya, Newcastle dan United sama-sama tidak mampu menjaringkan sebarang gol sehingga perlawanan berakhir dan mereka harus berpuas hati untuk berkongsi satu mata.



(Sumber: http://www.goal.com/)

1 Komen:

  1. arsenal perlu menang semua game kalau nak pintas...harap2 berjaya...