Nigel Winterburn: Waktu yang tepat jual Fabregas

Tuesday, June 7, 2011
Nigel Winterburn berpendapat bahawa Arsenal harus bersedia melepaskan Cesc Fabregas pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Oleh Tegar Paramartha

Bekas pemain Arsenal, Nigel Winterburn yakin bahawa waktu ini merupakan waktu yang sangat tepat untuk menjual Cesc Fabregas. Seperti yang kita sedia maklum, kelab-kelab besar Eropah seperti Barcelona, Chelsea dan Inter Milan sedang cuba untuk mendapatkan tandatangan Fabregas pada jendela perpindahan musim panas nanti.
"Persoalan terbesar pada musim panas nanti adalah samada Cesc Fabregas akan kekal dan saya mengakui bahawa saya tidak meyakini akan hal tersebut," ujar Winterburn seperti yang dipetik oleh Tribal Football.

"Cesc secara jelas ingin kembali ke Barcelona sejak musim lalu, tetapi dia memiliki kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal dan dia juga tidak gemar untuk melakukan kekecohan. Dia mempunyai rasa hormat yang terlalu tinggi terhadap jurulatih dan kelabnya untuk bertindak sedemikian."

"Dia sering melakukan sesuatu sehabis kemampuannya dalam setiap perlawanan, tetapi jika dia masih tetap ingin keluar pada waktu ini untuk kembali bermain di Spanyol maka Arsenal harus membiarkan hal tersebut berlaku."

"Arsenal akan memutuskan berkenaan perkara tersebut, dan mereka boleh meminta walau berapa pun jumlah perpindahan yang mereka inginkan dari Barcelona. Nilai Fabregas akan melebihi £30 juta untuk seorang pemain sepertinya yang baru berusia 24 tahun."

"Namun jika dia mahu meninggalkan Emirates, ia turut membantu beberapa pemain lain untuk mengisi kekosongan tempat yang selama ini kuasa olehnya, dan mungkin juga kesempatan untuk mengubah gaya permainan di bahagian tengah. Sistem yang digunakan ketika ini masih berdasarkan kemampuan teknik yang mula diterapkan dalam beberapa tahun terakhir ini, dan Arsene Wenger mungkin perlu mencari corak yang baru."


(Sumber: http://www.goal.com/)

1 Komen:

  1. arsenal bnyk lahirkan bakat2 muda yg boleh menyinar..tp bagaimana hala tuju arsenal tu sendiri..