Perry Groves: Samir Nasri Lebih Penting Dari Cesc Fabregas

Tuesday, June 7, 2011
Perry Groves menganggap Samir Nasri mempunyai peranan yang lebih penting daripada Cesc Fabregas di Arsenal.


Oleh Tegar Paramartha

Bekas penyerang Arsenal, Perry Groves menyatakan bahawa mempertahankan Samir Nasri adalah perkara yang lebih penting daripada mempertahankan Cesc Fabregas. Kedua-dua pemain tersebut dikhabarkan akan meninggalkan Emirates pada jendela perpindahan musim panas nanti.

"Saya sebenarnya berpendapat bahawa dia (Nasri) lebih penting daripada Cesc Fabregas untuk masa depan di Arsenal," ujar Groves kepada talkSPORT.

"Jika Cesc ingin kembali ke Barcelona kerana dia memang mempunyai keinginan itu dan dia sudah tidak memiliki 100 peratus komitmen kepada kelabnya, oleh itu selagi Arsenal boleh mendapatkan dana yang berbaloi samada nilai £40 juta atau £50 juta, adalah lebih baik untuk melepaskannya. Dengan dana tersebut Arsenal dapat membeli seorang pemain pertahanan tengah dan mana-mana pemain tambatan yang mereka harapkan."

“Samir Nasri sangat bernilai sejak awal musim lagi semasa dia dan Jack Wilshere digandingkan sebagai pemain utama. Seingat saya, dia telah dia menjaringkan 10 atau 11 gol sebelum tahun berakhir."

“Dan kemudian apabila Fabregas kembali ke dalam skuad utama, dia diletakkan dalam posisi kiri atau kanan dan perkara ini memperlihatkan dia kurang mempengaruhi pergerakkan pasukan."


(Sumber: http://www.goal.com/)

3 Komen:

  1. Ayie said...:

    setuju.. lepaskan cesc tuh.. biar la dia kembali ke kelab asal dia.. samir nasri not bad jugak.. ^^

  1. ok gak lepaskan fabregas....bleh bli defend yg hebat cikit...n duk harap defend yg suka melalut tgh padg..ape pun xleh harap...

  1. macam Jambu plaks...apa pun x bleh