SAGNA: KAMI MESTI BAWA BALIK SATU TROFI

Wednesday, March 9, 2011


Oleh Richard Clarke

Bacary Sagna tidak boleh menerima andai kemungkinan Arsenal hanya menamatkan musim ini dengan tangan kosong.

Pada malam Rabu, Arsenal telah disingkirkan daripada Liga Juara-juara oleh Barcelona. Sepuluh hari sebelum itu mereka ditewaskan oleh Birmingham dalam minit terakhir pada Akhir Piala Carling.

Mereka mendapat tamparan hebat dalam satu musim yang menjanjikan begitu banyak peluang tetapi pasukan Arsène Wenger masih berpeluang dalam memburu kejuaraan bagi Liga Perdana dan Piala FA. Pertemuan dalam pusingan ke-6 bertemu Manchester United kini dilihat sebagai kunci kepada kempen untuk meraih gelaran tetapi bagi Sagna, musim ini adalah separuh penuh bukan separuh kosong.

“Kami perlu menjadi lebih kuat kerana kami mahu untuk mendapat kejayaan” dkata pemain Perancis itu. “Kami harus berlawan untuk pasukan, untuk para peminat dan semua orang.

“Tidak terlintas dalam fikiran tentang [kemungkinan untuk tidak mendapat apa-apa]. Saya yakin dan berharap untuk memenangi sesuatu. Kita perlu membawa sesuatu kembali kerana kita mempunyai kualiti untuk melakukannya dan kami harus lakukannya.

“Kami telah bersedia untuk melawan kerana kami terlalu kecewa setelah apa berlaku semasa menentang Barcelona dan kami hendak melakukan lebih baik lagi. Semua orang bersedih tetapi kita mahu bangkit semula. Kami bermain sekali lagi pada hari Sabtu dan ia akan menjadi satu lagi perlawanan besar. Kami hanya mahu bertandang ke sana dan bermain bolasepak dengan cara kami.”

Mengikut perangkaan statistik, Barcelona menguasai perlawanan Selasa semasa ikatannya menentang Arsenal. Tetapi apabila dilihat dari segi agregat – pasukan pelawat mungkin masih berpeluang jika Nicklas Bendtner tidak mensia-siakan peluang dalam masa kecederaan.

Namun begitu, seperti yang sering diperkatakan oleh pemerhati Arsenal, Sagna turut berfikir penyingkiran Robin van Persie telah memberikan perubahan.

“Kami bertahan dengan baik sebagai satu pasukan,” kata pemain pertahanan itu. “Pada masa perlawanan masih dalam keadaan 11 lawan 11, kami menghadapi kesukaran tetapi selepas [kad merah] ia lebih mustahil.

“Tidak ada jurang besar antara kami. Mereka bermain di tempat sendiri maka mereka memegang posisi lebih banyak tetapi kami mahu bertahan yang dilakukan oleh Inter Milan pada tahun lepas. Bolos pada separuh masa pertama adalah perkara yang buruk bagi kami – kami terpaksa bangkit kembali – kami telah melakukannya tetapi ia masih belum mencukupi.

“Masih banyak yang perlu kami pelajari daripada mereka, mereka terus-menerus melakukan hantaran. Kami harus mengkaji bagaimana mereka bermain dan ia mungkin boleh menjadi inspirasi kepada kami.”


(Sumber: http://www.arsenal.com/)