Safee sarung jersi no 55 di Pelita Jaya

Sunday, March 6, 2011
Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta

MASALAH pendaftaran pemain membuatkan Safee Sali tidak dapat beraksi, sebaliknya terpaksa memilih nombor 55 sebagai ganti.

“Memang kami sudah menyediakan jersi nombor 10 untuk Safee, tetapi mengikut peraturan pendaftaran pemain, nombor jersi tidak boleh bertukar milik selagi pemain asal berada dalam pasukan berkenaan,” kata pengurus Pelita Jaya FC, Lalu Mara Satriawangsa.

“Sebelum ini nombor 10 milik Andesi Prabowo, dan dia bersetuju menyerahkannya kepada Safee sebaik penyerang Malaysia itu tiba di sini, namun peraturan tidak membenarkan pertukaran nombor antara pemain, selagi Andesi di dalam pasukan, nombor 10 menjadi miliknya.

“Sebagai ganti, kami memberi pilihan kepada Safee untuk memakai angka yang jika dicampur tetap menjadi 10 dan dia memilih 55.”

Namun Safee tidak mahu menjadikan isu nombor jersi sebagai masalah dan menganggap ia hanya kesilapan teknikal.

“Nombor tidak penting, yang utama persembahan bersama pasukan,” kata Safee yang membuat penampilan impian apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan ketika menewaskan Sriwijaya FC, 1-0, semalam.

Safee dipikat Pelita Jaya awal bulan lalu selepas namanya melonjak ketika membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, malah empat kelab Liga Super Indonesia (ISL) dikatakan berminat mendapatkan khidmatnya.

Ditanya jumlah dibayar Pelita Jaya kepada Safee, Lalu Mara menjelaskan, angka sebenar tidak pernah didedahkan baik pengurusan kelab itu mahupun Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

(Sumber: http://www.bharian.com.my/)