FABREGAS: SAYA BETANGGUNGJAWAB TERHADAP KEKALAHAN KEPADA BARCELONA

Tuesday, March 8, 2011
Kesilapan ketua pasukan the Gunners dibayar dengan penyingkiran.


Oleh Ryan Benson

Kapten pasukan Arsenal Cesc Fabregas mengakui dan meletakkan kesalahan itu di bahunya selepas pasukannya keluar dari persaingan Liga Juara-juara.

Skuad The Gunners telah tersingkir dengan agregat 4-3 oleh Barcelona selepas tewas dalam peringkat 16 pasukan akhir dengan 3-1 di Nou Camp pada malam Selasa, dengan goal pertama Barca berpunca secara langsung dari kesilapan pemain antarabangsa Spanyol itu.

Fabregas cuba mendapatkan Jack Wilshere dengan sepakkan bola ke belakang di hadapan kotak penaltinya sendiri tetapi hantaran itu di rampas oleh Andres Iniesta. Bintang Barca itu melepasi tiga pemain pertahanan Arsenal sebelum melambungkan hantaran bola kepada tempat di mana Lionel Messi berada dan kemudiannya disudahi oleh Messi melepasi Almunia yang tergesa-gesa untuk menangkapnya.



Arsenal bernafas semula selepas separuh masa ke-2 bermula apabila Sergio Busquets tertanduk ke gawang gol sendiri hantaran sepakan penjuru Arsenal, tetapi gol Xavi pada minit ke-69 memadam kegembiraan Arsenal dan kemudiannya diikuti dengan jaringan gol penalti Lionel Messi hanya dua minit selepas itu.


Arsenal tidak berpuas hati apabila Robin van Persie dilayangkan kad kuning ke dua pada minit ke-56 kerana melakukan sepakan ke gol lawan selepas pengadil meniupkan wisel kerana offside, tetapi pemain Belanda itu menegaskan bahawa dia tidak mendengar sebarang bunyi wisel dalam sorakan 9500 fan di stadium itu.



Fabregas walau bagaimana pun tidak percaya kesalahan itu berpunca dari penyingkiran van Persie tetapi mengakui bahawa ia kesilapan dirinya sendiri.

Berkata melalui Twiter, Fabregas berkata: "Saya bertanggungjawab terhadap kesilapan pada malam ini. Ia satu ketika yang sangat buruk dalam hidup saya. Saya mohon maaf."

Tambahnya: "Sokongan padu dari peminat Arsenal."

Dalam pada itu, bekas pemain remaja Barcelona itu sangat berpuas hati dengan usaha sampingannya, percaya bahawa mereka telah melakukan sedaya yang termampu, bermain dengan memecahkan segala halangan di Nou Camp, sesuatu yang tidak mampu dia lakukan pada musim lepas.

"Ia sesuatu yang menyedihkan kerana kami tersingkir malam ini. Kami memberikan satu ketika untuk mereka berada dalam keadaan cemas terutama apabila kami mendapatkan gol," katanya kepada laman web rasmi Uefa selepas perlawanan tersebut.

"Begitulah sukan bolasepak dan ia bukan malam kami. Saya berbangga dengan pasukan ini; kami menentang mereka dan bertahan dengan baik apabila kami merasakan ia perlu.

"Secara peribadinya saya sangat gembira dengan persembahan kami pada 15 minit terawal dan selepas itu saya merasakan ada kesakitan di belakang kaki saya dan saya cuba meneruskannya sepanjang mana saya mampu. Saya ucapkan semoga Barcelona berjaya dalam kejohanan ini dan berharap mereka akan pergi lebih jauh."

(Sumber: http://www.goal.com/)