Kegurasan kepada Nani selepas cedera teruk

Sunday, March 6, 2011

Nani, pemain sayap Manchester United mungkin akan berhadapan dengan rehat yang panjang selepas menderita dengan luka yang agak dalam di bahagian kaki semasa kekalahan 3-1 dalam Liga Perdana kepada Liverpool di Anfield.

Jurucakap kelab itu berkata kecederaan pemain Portugis itu akan dianalisa pada Isnin nanti, tetapi melalui imej TV menunjukkan ia mengalami kecederaan teruk yang melibatkan bahagian tulang.

Nani, pemain Manchester United yang kreatif pada musim ini, telah diterjah di bahagian tulang keting oleh satu pertembungan bahaya dari Jamie Carragher pada babak sebelum separuh masa pertama berakhir dan terpaksa diusung keluar padang.

Carragher telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil Phil Dowd.


(Sumber: http://uk.eurosport.yahoo.com/)