Hat-Trick Kuyt lakar kejayaan tewaskan MU

Sunday, March 6, 2011
Kevin McCarra di Anfield

Liverpool bukanlah pesaing bagi kancah juara Liga Perdana tetapi tergambar kepuasan yang dalam untuk menghancurakan prospek pendahulu. Manchester United yang hanya berjaya menjaringkan gol pada babak-babak akhir perlawanan, telah ditewaskan di Anfield oleh jaringan hat-trick Dirk Kuyt dan tidak mampu menyembunyikan kecacatan dalam kelemahan bahagian pertahanan disebabkan masalah kecederaan dan pengantungan.

Pengurus pasukan Liverpool, Kenny Dalglish kini memulihkan pasukannya dalam kedudukan yang lebih baik selepas membelasah pasukan bimbingan Alex Ferguson. United, yang telah datang ke Stamford Bridge, telah ditewaskan secara berturut-turut dan mereka masih mendahului Liga Perdana, Arsenal pula terus dirundung duka.

Perlawanan ini mencipta gol, yang di susun oleh Luis Suarez dengan cara yang mempersonakan, dan ia turut diselubungi dengan beberapa insiden buruk.


Phil Dowd mungkin sepatutnya mengeluarkan Jamie Carragher kerana melakukan kesalahan yang menyebabkan Nani terpaksa diusung keluar padang, dan Rafael da Silva untuk kesalahan yang mana kedua-dua kakinya diangkat ke arah dada Lucas. Walaupun begitu melalui gerakkan yang baik bagi Liverpool, mereka berjaya menghasilkan gol ke dua pada minit ke 39.

United, melalui Rafael dan Dimitar Berbatov, terus memberi tekanan sepanjang perlawanan, sehingga berjaya membuat percubaan yang baik melalui satu sepakkan yang akhirnya melebar ke sebelah tiang semasa perlawanan belum menghasilkan apa-apa gol. Liverpool kelihatan jauh lebih baik dan berjaya menghasilkan gol, walaupun anak buat Ferguson agak malang di separuh masa ke-2. Ia kelihatan agak membimbangkan bagi tuan rumah di 4 bahagian pertahanan terakhir yang mana terpaksa di susun semula pada minit ke-24 apabila Fabio Aurelio mengalami kecederaan yang terpaksa diganti dengan Sotirios Kyrgiakos.

Pasukan Dalglish mendahului pada 10 minit kemudiannya. Setelah melepasi bola dari Steven Gerrard, Berbatov terlepas kepada pihak lawan. Ia akhirnya membawa kemusnahan kerana kemahiaran mempersonakan yang dipamirkan ditukar ke bahagian kiri. Suarez menggelecek Rafael, Michael Carrick dan Wes Brown sebelum membolosi kangkangan Edwin van der Sar dan akhirnya Kuyt menyudahkannya dengan hanya satu sentuhan.

Gol ke-2 liverpool lebih memeranjatkan, dengan Nani cuba mengelak hantaran Suarez dari menghantar bola namun menanduk ke dalam garisan kotak penalty sendiri, lalu pemain Belanda itu menanduk masuk untuk gol tuan rumah sekali lagi. United cuba untuk memulihkan keadaan namun Liverpool terus mengasak dan Kuyt mendapat gol ke-3 selepas minit ke-65, meledakkan gol bola yang muntah dari tampanan kurang kemas Van der Sar selepas sebuah sepakkan percuma dari Suarez. Pemain simpanan United Javier Hernandez melakukan jaringan hasil dari hantaran lintang Giggs pada minit-minit terakhir, namun jaringan itu hampir tidak di hiraukan dan tenggelam disebalik kemeriahan di Anfield.

Kemeriahan Liverpool terus disempurnakan dengan kemunculan sulung Andy Carroll yang masuk dari barisan simpanan.


(Sumber: http://www.guardian.co.uk/)