BINTANG ARSENAL PULIH PADA MASA YANG TEPAT UNTUK BARCELONA

Monday, March 7, 2011
Oleh John Kerr


Penyerang Arsenal Robin van Persie dijangka akan beraksi untuk pertemuan menentang Barcelona di Nou Camp malam ini selepas kembali secara dramatik dan tidak dijangka dari senarai kecederaan.

Pemain Belanda itu telah mengalami kecederaan lutut semasa tewas kepada Birmingham dalam Akhir Piala Carling dan sepatutnya tidak diturunkan untuk pertembungan seterusnya dalam 16 pasukan akhir dalam Liga Juara-juara.



Tapi kini Van Persie, yang mana telah meledakkan gol dalam perlawanan pertama, akan melakukan ujian kecergasan dan akan memulakan perlawanan di samping pemain tengah Cesc Fabregas dan Jack Wilshere.

Walau bagaimana pun, skuad 'the Gunners' yang telah mendahului 2-1 ini tidak akan menurunkan Alex Song mahupun pemain sayapnya, Theo Walcot kerana masih belum pulih sepenuhnya untuk pertemuan kali ini.



Pengurus Barcelona Pep Guardiola berkata bahawa dia akan mengalu-alukan kesemua bintang Arsenal pada malam ini.

"Saya gemar untuk melihat mereka semua berada di sana kerana saya sukakan pasukan Arsenal yang terbaik untuk bermain," katanya.



Ketua pasukan the Gunners Fabregas, pemain yang menjadi sasaran Barca yang telah tidak bermain untuk suku akhir Liga Juara-juara pada musim lepas kerana mengalami masalah kecederaan berkata: "Kemenangan untuk Arsenal pada perlawanan ini sahaja yang saya sering fikirkan."




(Sumber: http://www.belfasttelegraph.co.uk/)