Vilanova jangkakan kesukaran temui Arsenal di Liga Juara-juara

Sunday, March 6, 2011
Editor: Fang Yang


MADRID, 6 Mac (Xinhua) -- Pembantu jurulatih Barcelona Tito Vilanova berkata selepas melakukan persiapan menentang Zaragoza di liga Primera, mereka kini terus mendongak ke hadapan untuk perlawanan seterusnya dalam Liga Juara-juara menentang pasukan Arsenal.

Barcelona merekatkan beberapa pemain utama semasa menentang Zaragoza dan menang 1-0, terima kasih kepada jaringan Seydou Keita sebelum rehat separuh masa. Kini mereka perlu menumpukan perlawanan semula dalam Liga Juara-juara dalam ikatan menentang Arsenal yang mana mereka perlu mengubah agregat dalam kekalahan perlawanan pertama dahulu.

Vilanova bercakap dalam sidang akhbarnya mengenai permasalahan kesihatan yang dihidapi oleh pengurus Pep Guardinola dan bercakap mengenai 16 perlawanan terakhir.

"Kami sedia maklum bagaimana Arsenal bermain dan kami tahu tentu ia sesuatu yang akan menjadi sukar. Ia adalah perlawanan yang amat penting, tetapi setiap perlawanan adalah penting bagi Barcelona," kata Vilanova.

"Kami harus datang untuk pertemuan itu dengan persiapan rapi sebagaimana kami telah merehatkan beberapa pemain David Villa, Andres Iniesta, Eric Abidal dan Sergio Busquets) dan kami telah tingkatkan mutu beberapa pemain lain."

"Arsenal tidak akan bermain secara bertahan sebagaimana yang dilakukan Zaragoza, mereka akan bermain secara serangan dan mereka akan mengambil apa sahaja peluang melalui serangan. Ia merupakan cara permainan yang serasi dengan kami," kata Vilanova.

Barcelona di bawah tahap sebenar semasa menentang Zaragoza, tetapi tidak bermasalah untuk bermain dengan pasukan yang gemar bertahan dan mengelak kekalahan besar berbanding cuba untuk mengusai perlawanan kepada musuh mereka.

"Kami tidak terfikir akan cara Arsenal, kami cuba untuk melakukan gol ke dua agar ia lebih menyelesakan kami. Zaragoza mempunyai beberapa pemain penyerang yang pantas dan ia bukan mudah untuk menjaga mereka kerana kami datang untuk terus memberikan serangan dengan ramai pemain, jadi kami tidak pernah selesa," kata Vilanova yang mana dia berpuas hati dengan keputusan itu.

"Kami telah lakukan tugas kami, ia perlawanan yang sukar kerana ia datang selepas kami menentang Valencia dan dihadapan kami adalah sebuah perlawanan menentang Arsenal," tambahnya lagi.


(Sumber: http://news.xinhuanet.com/)