WENGER: KAD MERAH PUNCA KEGAGALAN KAMI

Tuesday, March 8, 2011
Pengurus skuad the Gunners merasakan penyingkiran Van Persie memberi kelebihan kepada Barca

Arsene Wenger merasakan keputusan kad merah Robin Van Persie menyebabkan pasukannya tersingkir dari kejohanan Eropah.

Skuad the Gunners tewas dalam Liga Juara-juara pada Selasa selepas kalah di tempat lawan dengan keputusan 3-1 kepada Barcelona yang menyebabkan mereka terkeluar dari kejohanan itu dengan agregat 4-3.

Mereka tiba di Catalunya untuk cuba bertahan atau berkemungkinan untuk menambah kelebihan melalui pertemuan sebelumnya dengan agregat 2-1, tetapi mereka gagal untuk mempertahankan kelebihan itu dengan cara permainan hantaran pendek Barca.

Gol ke gawang sendiri Sergio Busquets memberi mereka harapan pada awal babak ke-2, malangnya memberikan kelebihan kepada tuan rumah apabila van Persie dilayangkan kad merah tidak lama selepas itu.

Wenger menegaskan semasa perlawanan berakhir bahawa Arsenal, yang gagal melakukan sebarang percubaan ke gawang gol, telah dikalahkan oleh sebuah pasukan yang lebih baik, tetapi dia berkeyakinan pasukannya mampu menawarkan sesuatu yang lebih baik lagi jika pegawai perlawanan tidak mengurangkan jumlah pemain mereka.

"Kami tewas dengan sebuah pasukan yang hebat," katanya kepada Sky Sport.

"Pada separuh masa pertama kami menahan asakan mereka. Saya percaya di separuh masa ke-2 ia mungkin jadi lebih menarik andai ia diteruskan dengan 11 lawan 11. Namun ia bukanlah satu-satunya isu dan di akhir perlawanan kami menyesali tentang banyak perkara.

"Kami tewas di tangan pasukan yang lebih hebat, sudah pasti sebuah pasukan yang terbaik di Eropah. Saya masih percaya di separuh masa ke-2 kami mampu melakukan lebih banyak lagi semasa ia 1-1 jika ia 11 lawan 11."


Kcelaruan

Berkenaan keputusan pengadil Massimo Busacca yang melayangkan kad kuning ke-2 kepada van Persie kerana menyepak bola setelah wisel ditip, Wenger menambah: "Dia tentu tidak pernah bermain dalam sebuah perlawanan yang sangat penting dimana setiap penonton melakukan jeritan.

"Seandainya benar dia sengaja mengambil peluang itu, saya tidak nampak di mana perlunya layangan kad kunig. Sudah tentu dia tidak pernah bermain bolasepak kerana melakukan perkara seumpama itu."

Malam mengecewakan Arsenal itu turut memperlihatkan Cesc Fabregas digantikan selepas berhempas pulas, manakala penjaga gol Wojciech Szczesny terpaksa dikeluarkan kurang dari 20 minit masa permainan kerana masalah kecederaan jari.

Wenger memberitahu bahawa dia masih belum boleh memberi makluman berkaitan dengan masalah kecergasan mana-mana pemain ketika ini tetapi Szczesny mungkin akan direhatkan dalam masa yang panjang.

"Ia agak awal untuk menyatakan apa-apa, saya juga masih belum tahu," kata pengurus yang berasal dari Perancis itu semasa ditanya berkenaan dengan permasalahan lain.


(Sumber: http://www.skysports.com/)