Wenger dakwa Toure buat silap besar

Sunday, March 6, 2011
LONDON: Arsene Wenger mendakwa Kolo Toure (gambar) ‘melakukan kesilapan’ kerana mengambil bahan terlarang - namun seorang pakar mengenai dadah dalam sukan tidak berasa mempertahankan diri cukup untuk membebaskan bintang Manchester City itu.

Ketika kedua-dua Toure dan City berdiam diri mengenai kegagalan ujian yang menjurus kepada penggantungan terhadap pemain itu bergantung kepada siasatan penuh, Wenger pula tampil memberikan pandangannya.

Pengurus Arsenal itu bercakap kelmarin mengenai pemain yang dibawanya ke England ketika berusia 21 tahun pada 2002.

Wenger mengesahkan bahan terlarang itu hampir pasti terkandung dalam pil pelansingan badan yang dimiliki isteri pemain itu.

“Dia melakukan kesilapan kerana lupa bertanya 'bolehkah saya mengambilnya?,” kata Wenger.

“Dia mahu mengawal berat badannya sedikit kerana dia berdepan masalah itu dan dia mengambil produk yang dipunyai isterinya.

“Saya tidak fikir ada keinginan untuk melakukan sesuatu yang salah dan menyembunyikannya. Dia cuma tidak berhati-hati.

“Jangan percaya isteri anda! Itulah sebabnya dia terperangkap.

“Ia mengejutkan kerana saya bersama Kolo Toure di sini beberapa tahun, saya membawanya ke sini,” katanya.

“Dia seorang lelaki yang mempunyai kehidupan yang baik dan sihat.” - Agensi



(Sumber: http://www.hmetro.com.my/)