'Finale London' dibuka di Wembley

Monday, March 7, 2011
Diterbitkan: Khamis 3 Mac 2011


The 'Finale London', bola rasmi perlawanan untuk peringkat akhir Liga Juara-juara Eropah 2011 telah dilancarkan oleh adidas dengan bantuan Samir Nasri, Solomon Kalou dan Jermain Defore.

Wakil-wakil dari tiga kelab London yang masih terlibat dalam kancah Liga Juara-juara Eropah - Samir Nasri dari Arsenal FC, Salomon Kalou dari Chelsea FC dan Jermain Defoe dari Tottenham Hotspur FC – kini telah membantu UEFA dan adidas dalam pembukaan bola rasmi perlawanan untuk peringkat akhir kejohanan itu pada musim ini yang akan berlangsung di Stadium Wembley pada Sabtu, 28 May.


'Finale London' menjadi siri ke-11 untuk bola perlawanan yang dibekalkan oleh adidas untuk peringkat akhir Liga Juara-juara Eropah - sebagai tanda aras dalam kejohanan sukan terkini - pengilang pakaian sukan yang bekerjasama dengan UEFA - dan akan mewujudkan persaingan serta sebagai sesuatu penyelesaikan kepada musim kelan Eropah di tempat-tempat utama di ENgland. Warna corak merah-dan-pulih 'Finale London' mencerminkan warna-warna lambang salib yang ada pada St George, pejuang suci England, dan bola tersebut turut memuatkan warna jingga pada bintang yang paling atas dan logo akhir 2 singa yang memegang trofi Liga Juara-juara Eropah.

Stadium terkenal ini akan menjadi tuan rumah peringkat akhir ini untuk kali ke-6, dan pengarah perlawanan UEFA, Giorgio Marchetti berkata bahawa acara berprestij ini "perlu kembali ke Wembley selepas 19 tahun penantian".

Tambahnya: "Kami menjangkakan ia malam yang cukup hebat dalam bolasepak di sini dengan 90,000 kehadiran penonton dan dua pasukan besar dari Eropah. Bentuk bintang yang terdapat pada bola itu adalah ikon Liga Juara-juara dan ia sesuatu yang amat istimewa memainkannya. Setiap tahun kami mempunyai bola baru dan setiap peringkat akhir kami juga punyai bola baru. Ia amat penting untuk menanda keunikan setiap peringkat akhir dengan pelbagai element Liga Juara-juara bersama dengan elemen yang ada di tempat di mana kita bermain."


Jermain Defoe dari Tottenham melakukan sepak mula sebagai tanda perasmian dengan datang mengejut ke sbuah sekolah tempatan, dengan memegang bola yang bertanda tangan untuk menggembirakan murid-murid sekolah. Dia turut bermain bolasepak bersama kanak-kanak, dan kemudiannya turut mengambil gambar bersama penyerang England itu.


Harapan Samir Nasri yang merupakan pemain tengah Arsenal serta Solomon Kalou yang menjadi pemain serangan Chelsea adalah pasukan mereka akan bertemu di peringkat akhir nanti. "Saya suka andai Arsenal-Chelsea berada di peringkat akhir kerana kedua-duanya adalah kelab dari London," kata Nasri, sebelum menambah: "Saya gemarkan bola itu - merah dan putih adalah warna-warna Arsenal dan mungkin ia sebagai isyarat bahawa kami harus berada di sana. Saya sering mengimpikan Liga Juara-juara - ia adalah sebuah kejohanan terbaik untuk sesebuah kelab, kami masih bersaing untuknya dan kami mahu kembali ke Wembley."


Kata Kalou: "Saya lebih gemar [menentang Arsenal di peringkat akhir] kerana kami mempunyai rekod yang baik menentang mereka. Namun setiap kali kali berada di Wembley, kami bermain dengan permainan yang baik - saya berharap agar kami akan berada di peringkat akhir dan melakukannya sekali lagi. Ia sebuah stadium yang besar dengan atmosfera yang hebat, bermain di sini sentiasa istimewa, saya akan terus berharap akan ke sini."


'Finale London' masih mengikut corak yang terdapat pada bola yang digunakan pada musim sebelumnya, 'Finale Madrid', dimana teknologi bola tersebut di sesuaikan untuk rekabentuk jaluran bintangnya, menjadikan bola tersebut sebagai ikon yang sesuai untuk acara demikian. Jaluran bintang dan rekabentuk heksagon dapat memastikan pergerakkannya di udara kelihatan lebih nyata, sementara bola itu sendiri mengandungi susunan tekstur berupa bonjolan kecil seperti edisi sebelumnya untuk memastikan ia lebih berkuasa, lencongan yang baik dan kebolehan kawalan.


(Sumber: http://www.uefa.com/)