Song: Kami mahu buktikan inilah skuad terbaik Wenger

Sunday, March 6, 2011
Pemain tengah ini berkata bahawa pemain terinspirasi oleh 'Kekebalan' - dan kepercayaan pengurus.

Oleh Adithya Ananth

Pemain tengah Arsenal Alex Song memaklumkan bahawa pengurus Arsene Wenger telah meletakkan skuadnya kini merupakan skuad yang terbaik pernah ada, lebih baik lagi walaupun dia pernah memiliki sebuah skuad pada era 'Kebal'.

Musim pada 2003-04 menunjukkan skuad the Gunners berjuang dalam kempen Liga Perdana tanpa kalah, dan mengakhirinya dengan kejayaan merangkul kejuaraan ke-13 mereka.

Kini pemain antarabangsa Cameroon, melakar inspirasi dari lagenda Arsenal yang telah mencipta aura "Kekebalan", dan berharap hasil terbaru Wenger ini mampu membalas kepercayaan pengurus dengan menghidupkan apa yang diharapkan dan menjadi pasukan terbaik yang pernah dihasilkan.

"Generasi Thierry Henry, Dennis Bergkamp, Patrick Vieira dan yang lain-lain telah mencipta sejarah di Arsenal," beritahu Song kepada The News of the World.

"Saya telah melihat mereka melalui kaca TV dan mahu menjadi seperti mereka. Kini, walaupun kekalahan Ahad [lepas menentang Birmingham City di akhir Piala Liga], kami boleh mengambil inspirasi ini dari mereka untuk terus mencuba dan mencipta secebis sejarah kami sendiri.

"Apa yang telah dilakukan oleh pasukan pada tahun 2004 tidak akan lenyap. Ia merupakan pasukan Arsenal yang terbaik pernah ada.

"Namun Arsene Wenger telah mengatakan bahawa skuadnya kini adalah generasi terbaik dia pernah ada dan bila dia memberitahu perkara sebegitu, anda pasti mahu berikan jauh lebih baik lagi, untuk mambalas kepercayaannya.

"Dia merupakan pengurus terbaik di dunia ini dan kenyataannya telah memberikan kami pengharapan yang besar, Kami mahu buktikan kepadanya ia benar."



(Sumber: http://www.goal.com/)