WENGER DAN NASRI BERDEPAN TINDAKAN DISIPLIN UEFA

Wednesday, March 9, 2011


Oleh Mitch Phillips

LONDON (Reuters) - Pengurus Arsenal Arsene Wenger dan pemain tengah Samir Nasri akan berhadapan dengan tindakan disiplin berikutan komen yang dilakukan terhadap tindakan pengadil selepas kekalahan dalam Liga Juara-juara kepada Barcelona, kata UEFA pada Rabu.

Arsenal tersingkir dalam kancah 16 pasukan akhir dengan jaringan 3-1 yang menjadikan agregat 4-3 dan Wenger amat tidak menyenangi terhadap tindakan pengadil melayangkan kad kuning ke-2 kepada Robin van Persie pada minit ke 56 kerana menyepak bola selepas wisel dibunyikan kerana berada dalam keadaan offside.

Pada ketika itu kedudukan jaringan masih terikat 1-1 di now Camp, dengan Arsenal 3-2 mendahului melalui keputusan agregat.

Wenger membantas keputusan pengadil dari Switzerland Massimo Busacca selepas perlawanan itu, dan terus mengikutinya ke bahagian tunel untuk terus melakukan bantahan.

Van Persie menyatakan bahawa dia tidak mendengar bunyi wisel dari pengadil itu sebelum merembat bola itu keluar. Wenger memberitahu dalam sebuah sidang berita bahawa keputusan itu "memalukan" dan turut berkata bahawa wakil-wakil UEFA dalam perlawanan itu tidak menyangka dengan keputusan yang diambil oleh pengadil.

Nasri turut bakal menerima tindakan kerana komen kurang menyenangkan terhadap pengadil selepas perlawanan berakhir, manakala Van Persie turut bakal berdepan dengan masalah kerana beranggapan bahawa keputusan itu seperti satu jenaka, dengan berkata Bussaca telah "mengalami malam yang teruk."

Wenger pernah dilarang untuk menghadiri satu perlawanan kerana sikap kurang menyenangkan pada 2007 kerana menunjukkan bantahannya terhadap seorang pengadil dalam perlawanan Liga Juara-juara.

Kes Wenger dan Nasri akan didengari oleh Badan Kawalan dan Disiplin UEFA pada 17 March.

-Diedit oleh Ken Ferris-


(Sumber: http://www.latimes.com/)