Messi: Jika Fabregas tidak menjadi pada pertemuan ke-2, ia lebih mudah bagi kami

Sunday, March 6, 2011
Pemain Argentina ini menyatakan bahawa ia sebuah kisah berbeza di Spanyol nanti selepas kekalahan di Emirates
Oleh Subhankar Mondal

Penyerang Barcelona Lionel Messi yakin gergasi La Liga ini akan melepasi Arsenal dalam Liga Juara-juara 16 pasukan terakhir dalam pertemuan ke-2 pada Selasa ini, turut menambah bahawa tugas mereka akan "lebih mudah" jika Cesc Fabregas gagal pulih dari kecederaan sehingga petemuan itu nanti.

Ketua pasukan the Gunners itu masitidak pasti akan diturunkan selepas mengalami masalah kecederaan hamstring selepas menentang Stoke City dua minggu lalu walaupun optimis akan kembali semasa berkunjung ke Spanyol nanti.

Juara Spanyol itu tewas 2-1 kepada skuad the Gunners di Emirates dalam pertemuan pertama pada bulan lepas walaupun Messi yakin ia akan menjadi "kisah berbeza" di Nou Camp nanti.

"Kami akan terus yakin untuk meneruskannya." kata pemain berusia 23 tahun ini, menurut the Daily Mirror.

"Sememangnya kami agak kecewa dengan kekalahan pada pertemuan pertama di Emirates dan merasakan kami mencipta banyak peluang untuk memenangi perlawanan itu.

"Tapi ia akan menjadi kisah yang berlainan di Spanyol nanti. Saya tidak pasti samada Arsenal adalah sebuah kelab yang boleh bermain secara bertahan - dan ia akan akan membuka ruang yang baik.

"Ia akan menjadi sebuah kerugian jika dia [Fabregas] tidak boleh bersama Arsenal.

"Dia merupakan ancaman terbesar dan sangat berpengaruh kepada mereka. Andai dia gagal untuk bermain, ia akan menjadikan tugas kami lebih mudah."

Kemenangan dengan 1-0 sudah memadai untuk Barca meneruskan perjuangan ke suku akhir dengan peraturan gol di tempat lawan tetapi Messi berkata hanya mempertahankan hanya 1 gol bukanlah sebahagian dari rancangan mereka.

"Kami berkemampuan untuk melakukannya [lakukan gol awal dan bertahan]. Ia bukan cara kami bermain bolasepak. Andai kami menjaringkan satu gol, kami akan cuba mencari untuk lebih lagi bergantung kepada situasi," tambahnya.

"Kami adalah pasukan yang sering mencipta peluang. Ia penting bagi kami untuk bertindak di hadapan gol.

"Penyingkiran kami di tangan Inter Milan pada musim lepas lebih memotivasikan kami. Kami tidak akan menerima sebarang penyingkiran lagi walaupun selepas ditewaskan pada perlawanan pertama menentang Arsenal."


(Sumber: http://www.goal.com/)