Puyol tidak beraksi menentang Arsenal

Sunday, March 6, 2011
Kapten Barca gagal pulih dari kecederaan lutut

Oleh James Riach

Ketua pasukan Barcelona Carlos Puyol tidak akan disenaraikan pada Liga Juara-juara Eropah Selasa ini dalam pertembungan dengan Arsenal.

Pemain pertahanan tengah berusia 32 tahun itu telah tidak beraksi sejak pertengahan Januari kerana mengalami masalah kecederaan lutut dan terpaksa hanya menjadi penonton di bangku simpanan pada ikatan kedua-dua pasukan di Nou Camp nanti.

Pemain Barca bertubuh sasa ini telah hadir untuk sesi latihan sejak beberapa hari lepas namun masalah kecederaan lutut yang dialaminya tidak menunjukkan ia surut sepenuhnya dan ia menggagalkannya untuk bermain pada pertembungan menentang skuad the Gunners.

Anak-anak buah Wenger telah mendahului dengan keputusan 2-1 terhadap pasukan dari Spanyol ini pada pertemuan sebelumnya, yang mana pada musim lepas telah berjaya mereka singkirkan.

Ia menjadikan pengurus Barcelona Pep Guardiola menghadapi masalah dalam pemilihan pemain yang mana rakannya Gerard Pique turun digantung pada perlawanan itu.

Guardiola mungkin akan menggandingkan Eric Abidal dan Sergio Busquets dia bahagian tengah pertahanan, dan dalam masa yang sama Arsenal turut menghadapi beberapa masalah kecederaan.

Theo Walcott dan Robin van Persie turut tidak tersenarai manakala Cesc Fabregas dan Alex Song perlu berusaha untuk terus cergas.


(Sumber: http://www.skysports.com/)