Arsenal sediakan tawaran untuk James McCarthy

Tuesday, July 26, 2011
Arsene Wenger kembali berkeinginan untuk mendapatkan khidmat pemain muda Wigan Athletic, James McCarthy.


Oleh Tegar Paramartha

Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger dilaporkan sedang mempersiapkan sebuah tawaran kepada Wigan Athletic untuk mendapatkan khidmat pemain muda mereka, James McCarthy.

The Daily Mail diyakini telah menanyakan kesediaan pemain berusia 20 tahun tersebut pada awal musim panas ini tetapi Wigan menyatakan bahawa McCarthy tidak akan dijual, setelah menampilkan persembahan yang mengkagumkan pada musim 2010/11.

Dan kini dengan potensi keluarnya pemain-pemain bintang Arsenal seperti Cesc Fabregas dan Samir Nasri, Wenger kembali berniat untuk mendapatkan khidmat McCarthy, malah kali ini jurulatih berasal dari Perancis tersebut akan mengajukan tawaran secara langsung.

Selain Arsenal, Liverpool juga dikhabarkan tertarik untuk mendapatkan tandatangan McCarthy. Namun dua kelab gergasi tersebut dikhuatiri akan menemui kesukaran kerana jurulatih Wigan Roberto Martinez berniat untuk mempertahankannya setelah Charles N'Zogbia hampir pasti akan berhijrah.


(Sumber: http://www.goal.com/)