Legenda Arsenal: The Gunners belum layak jadi juara

Monday, July 25, 2011
George Graham menganggap Arsenal berpeluang menjadi setara dengan kelab seperti Everton dan Aston Villa.

Oleh Tegar Paramartha

Legenda Arsenal George Graham khuatir dengan masa depan bekas kelabnya itu. Graham merasa khuatir kerana dia mengetahui apa yang diperlukan pasukan tersebut untuk memperolehi gelaran juara, trofi tempatan dan pengusaan di peringkat Eropah.

"Fakta sederhananya, Arsenal berkemungkinan akan menghadapi persaingan untuk bertahan di dalam enam kelab terbesar daripada empat masa kini. Untuk bersaing merebut gelaran juara pada tahun ini akan menjadi tugas yang sangat besar," ujar Graham kepada the Sunday Mirror.

"Anda dapat melihat berapa perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Manchester United dan Manchester City, dan berapa banyak perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Chelsea."

“Ada kemungkinan, Arsenal akan menjadi setara dengan kelab-kelab seperti Everton dan Aston Villa."

“Pemain-pemain terbaik akan secara dasarnya berkumpul di kelab-kelab yang memiliki kejayaan. Perkara tersebut adalah perkara yang biasa berlaku. Dan kelab-kelab tersebut akan membayar gaji yang tidak dapat dilakukan oleh Arsenal dan perbelanjaan yang tidak dapat dibayangkan oleh Arsenal."


(Sumber: http://www.goal.com/)