Danny Welbeck ingin contohi Jack Wilshere

Tuesday, July 26, 2011
Welbeck ingin menjadi seperti Wilshere yang terus bersinar setelah dipinjamkan ke kelab lain.


Oleh Donny Afroni

Penyerang Manchester United Danny Welbeck ingin mengikuti jejak pemain muda Arsenal Jack Wilshere yang meraih kejayaan setelah dipinjamkan ke kelab lain.

Wilshere sempat dipinjamkan ke Bolton Wanderers. Ketika kembali ke Arsenal, Wilshere memperlihatkan persembahan yang mengkagumkan. Nasib yang dialami Wilshere ini tidak jauh berbeza dengan Welbeck.

Pada musim lalu, Welbeck dipinjamkan ke Sunderland. Dalam khidmatnya bersama the Black Cats, Welbeck juga memperlihatkan persembahan yang memberangsangkan, walaupun mendapat kecederaan pada akhir musim.

Pengurus Sir Alex Ferguson sebelum ini telah menyatakan bahawa Welbeck akan dikekalkan di Old Trafford.

“Jack Wilshere adalah contoh yang baik tentang bagaimana sesuatu itu berjalan dengan sangat baik,” ujar Welbeck seperti yang dilansir oleh Setanta Sports.

“Dia pergi ke Bolton dan memperolehi hasil yang bagus. Kemudian dia kembali ke Arsenal, dan bermain dengan cemerlang. Ini menjadi sesuatu yang perlu diperhatikan oleh para pemain muda. Jika dia boleh berbuat demikian, begitu juga kami.”


(Sumber: http://www.goal.com/)