Emmanuel Adebayor kembali ke London?

Monday, July 25, 2011
Roberto Mancini tidak mahu melihat Emmanuel Adebayor di kem latihan Manchester City.


Oleh Aditya Ramadhan

Emmanuel Adebayor berpotensi untuk kembali ke London, setelah Harry Redknapp memaksa pengurusan Tottenham Hotspurs segera meminjamnya dari Manchester City.

Jika usaha Redknapp berjaya, Adebayor akan menjadi pemain Arsenal keempat yang berkhidmat kepada Tottenham Hotspurs. Tiga pemain sebelum ini adalah Sol Campbell, William Gallas, dan Pat Jennings.

Namun pihak pengurusan Spurs agak keberatan untuk membayar gaji Adebayor yang mencapai £170 juta seminggu itu.

Pengurusan di Manchester City mengatakan bahawa Spurs harus membayar keseluruhan gaji Adebayor. City akan menolak sebarang usul yang mahu membayar gaji pemain kebangsaan Togo itu dengan hanya 50 peratus.

Spurs sebelum ini mengatakan bahawa mereka hanya mampu membayar £85 ribu, atau 50 peratus daripada gaji Adebyaor. City mengatakan gaji Adebayor terlalu besar. Mereka tidak lagi berkeinginan untuk membayar gaji pemain yang dipinjamkan.

Roberto Mancini, jurulatih City, juga tidak ingin lagi melihat Adebayor di kem latihan. Dia melabelkan Adebayor sebagai pemain yang mempunyai pengaruh buruk terhadap pemain lain.

Musim lepas, City telah menolak untuk melepaskan Adebayor ke White Hart Lane kerana pada waktu itu Mancini melihat Spurs sebagai pesaing utama dalam perebutan di dalam zon Liga Champions.


(Sumber: http://www.goal.com/)